Monday, August 31, 2009
Sunday, August 30, 2009
ALUMNI SK TELUK MEDAN
Friday, August 28, 2009
Kuasa Merotan Pelajar
29 Oktober 2003
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 :
KUASA GURU MEROTAN MURID
Peraturan 6 :
( Beberapa Pekeliling Ikhtisas boleh dipaut melalui blog untuk rujukan ; Perkeliling Ikhtisas )
Thursday, August 27, 2009
Guru Tuntut Imbuhan
Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk guru mata pelajaran Bahasa Malaysia pula dituntut oleh golongan guru semasa sesi dialog sempena majlis Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.
Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika ditanya berhubung perkara tersebut berjanji untuk menimbang dan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut.
Namun kata beliau, pada masa ini kerajaan telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk bagi membayar BISP kepada guru-guru yang lain.
Pada masa ini guru-guru yang menerima BISP ialah guru mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
``Kita juga perlu memikirkan kewajarannya dan nanti ada pula guru-guru mata pelajaran lain yang turut menuntut perkara yang sama,’’ katanya.
Sesi dialog bersama Ketua Pengarah Pelajaran tersebut merupakan lanjutan daripada sesi penerangan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihadiri lebih 1,000 warga pendidik dari seluruh negara.
Sesi dialog yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu turut mendengar pelbagai masalah lain termasuk masalah kekurangan guru mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar.
Seorang guru besar dari Selangor mempersoalkan tentang tempoh perpindahan yang singkat guru bahasa Inggeris dari kawasan bandar ke luar bandar.
``Guru bahasa Inggeris dari bandar ini cantik, ada kereta besar, suami pangkat besar tetapi tidak lama di sekolah luar bandar kerana telah minta ditukarkan ke sekolah bandar,’’ katanya.
Justeru beliau mencadangkan agar pihak kementerian mengambil guru dari kawasan luar bandar untuk mengajar mata pelajaran tersebut kerana hanya guru-guru sedemikian yang boleh memahami dan menerima keadaan persekitaran itu.
``Hanya orang luar bandar sahaja yang boleh membantu pelajar luar bandar,’’ katanya.
Pada sesi dialog tersebut pelbagai cadangan turut dikemukakan oleh golongan guru termasuk mengenai tempoh mengajar yang lebih lama untuk mata pelajaran bahasa Inggeris dan tempoh mengajar yang singkat untuk mata pelajaran lain.
Turut ditanya ialah mengenai kegagalan pelajar bukan Melayu untuk menguasai bahasa Malaysia dan penggunaan sama ada bahasa Malaysia atau bahasa Melayu untuk mata pelajaran tersebut.
Selain itu turut dipersoalkan ialah kewajaran memberi BISP secara wang tunai kepada guru-guru terbabit sebaliknya mencadangkan agar pemberian baucar buku kepada mereka.
Dalam pada itu Alimuddin berkata, semua pandangan dan cadangan yang dilontarkan oleh golongan pendidik akan diberi pertimbangan yang serius.
Berhubung pelbagai isu yang berbangkit mengenai perkara baru yang diperkenalkan selepas pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) beliau berkata, kementerian mempunyai tempoh dua tahun lagi yang membolehkan pelbagai cadangan dikaji untuk manfaat warga pendidikan semua.
Oleh MARZITA ABDULLAH
Portal Pendidikan Utusan.
Wednesday, August 26, 2009
BBM dalam P&P
1. Memudahkan murid memahami konsep yang abstrak
2. Memudahkan murid menguasai kemahiran baru melalui bantuan alat bantu mengajar
3. Aktiviti pengajaran dapat dipelbagaikan serta mudah disampaikan
4. Aktiviti pembelajaran lebih menarik dan memberangsangkan
1. Tentukan sumbangan yang dapat diberikan oleh alat bantu mengajar itu kepada pengajaran tertentu berhubung dengan objektif pengajaran yang hendak diajar. Elakkan daripada menyediakan alat bantu mengajar yang tidak sesuai digunakan atau tidak dapat digunakan dengan berkesan.
2. Rancangkan bagaimana alat bantu mengajar itu dapat digabungkan penggunaannya dalam pengajaran untuk menambah pengalaman pembelajaran murid-murid.
3. Aturkan supaya alat-alat bantu mengajar itu dapat digunakan oleh murid dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kelam kabut atau mengganggu pengajaran.
4. Kaji maklumat daripada berbagai-bagai punca tentang cara penggunaan sesuatu alat bantu mengajar untuk mendapat kesan yang memuaskan.
5. Nilaikan sumbangan ABM kepada pengajaran melalui percubaan. Ubahsuaikan cara penggunaannya berdasarkan penilaian ini.
PTK
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim (gambar), berkata sebahagian besar guru terbabit berpendapat PTK menutup peluang mereka untuk naik pangkat walaupun mempunyai pengalaman luas mendidik. “Mereka berpendapat sukar untuk lulus PTK kerana terlalu tua bagi menghadapi peperiksaan. Amat sukar bagi mereka menjawab soalan pada usia semasa berbanding jika ketika masih muda. “Mereka ini ada yang hanya empat atau lima tahun lagi untuk bersara dan kebanyakannya sudah mencapai tangga gaji maksimum. Satu-satunya peluang untuk naik gaji ialah menerusi kenaikan pangkat,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Antara syarat kenaikan pangkat bagi guru bukan siswazah daripada gred DGA29 kepada DGA32 yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ialah lulus peperiksaan PTK, berkhidmat 10 tahun ke atas serta tidak mempunyai sebarang laporan tatatertib. Anuar berkata, ramai di kalangan guru terbabit, khususnya yang sudah terbukti berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan dan kokurikulum, berpendapat mereka tidak seharusnya disyaratkan menduduki PTK untuk naik pangkat. “Mereka berharap pengalaman dan sumbangan terhadap profesion selama ini turut diberi pertimbangan dalam menilai peluang sama ada mereka layak diberikan kenaikan pangkat, bukannya menerusi PTK semata-mata. “Malah, ada di kalangan guru terbabit percaya syarat lulus PTK yang ditetapkan JPA itu sebagai tidak menyebelahi mereka sebaliknya lebih menguntungkan guru bukan siswazah lebih muda,” katanya.
Tinjauan NUTP mendapati lebih 50 peratus guru bukan siswazah yang sudah berkhidmat berpuluh tahun enggan menduduki PTK dengan alasan tidak akan lulus walaupun kesatuan memberi galakan dan menyediakan kursus khas. Berikutan itu, NUTP menyarankan supaya Kementerian Pelajaran dan JPA menimbang semula syarat lulus PTK untuk golongan itu menikmati kenaikan pangkat, dengan mewujudkan pendekatan lain yang lebih praktikal. “Kami mencadangkan kementerian mengadakan kursus bagi menggantikan peperiksaan PTK untuk golongan ini supaya ia sekurang-kurangnya dapat mengembalikan sedikit harapan untuk mereka naik pangkat sebelum bersara,” katanya. Anuar berkata, dengan cara itu kementerian akan dilihat sebagai tidak mengabaikan pengalaman dan sumbangan guru bukan siswazah yang banyak membantu proses pembangunan pendidikan serta melahirkan generasi muda cemerlang. Katanya, perkara itu juga sejajar dengan teras kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan kerajaan iaitu Memartabatkan Profesion Perguruan, ke arah memajukan lagi profesion berkenaan dan masa depan negara
Saturday, August 22, 2009
PPSMI
PUTRAJAYA, 19 Ogos -- Guru-guru yang didapati mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum dasar pembelajaran dan pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu dilaksanakan dalam dwi-bahasa (Bahasa Malaysia dan Inggeris) tahun depan, boleh dikenakan tindakan.Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata buat masa ini semua guru kedua-dua mata pelajaran berkenaan perlu mengajar dalam Bahasa Inggeris memandangkan semua peralatan mengajar seperti buku teks dan perisian komputer masih dalam bahasa Inggeris.
"Guru Besar dan Pengetua sekolah dipertanggungjawabkan untuk memantau keadaan ini dan surat amaran perlu dikeluarkan kepada guru yang didapati berbuat demikian," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai rungutan segelintir ibu bapa yang mendapati bahawa ada guru-guru sudah mula mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Malausia sepenuhnya.
Bagaimanapun Alimuddin berkata penyediaan kertas peperiksaan peringkat sekolah seperti ujian, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun boleh disediakan dalam Bahasa Inggeris atau dwi-bahasa.
Beliau seterusnya meminta supaya ibu bapa agar tidak bimbang kerana peperiksaan dwi-bahasa bagi Sains dan Matematik akan diteruskan sehingga tahun 2016.
Sementara itu Alimuddin berkata guru yang mengajar pada waktu pertama setiap hari persekolahan perlu memeriksa keadaan semua pelajar dan sekiranya didapati ada yang kurang sihat, ia perlu segera memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah.
"Ini untuk memudahkan pihak sekolah mengambil tindakan segera dan sewajarnya dalam usaha mengawal penularan wabak influnenza A H1N1 di sekolah," katanya.
Sehingga kini kementerian sudah memperuntukkan RM2.6 bilion bagi menyediakan alat pengesan suhu badan dan topeng mulut untuk diedarkan ke semua sekolah.
Mengenai penutupan sekolah pula Alimuddin berkata setakat ini jumlah sekolah yang ditutup sejak penularan wabak itu ialah 100 buah dan buat masa ini tiada sekolah sama yang ditutup dua kali.
Sumber Bernama
Friday, August 21, 2009
SUJUD...apa kata doktor.

Bernafas ketika sujud akan :1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
3- Melegakan sakit hernia.
4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs)
6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
8- Meringankan bahagian PELVIS.
9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .
10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).
14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.. insyaAllah..
Wednesday, August 19, 2009
MOHON RAHMAT DAN KEBERKATAN
Tuesday, August 18, 2009
1Malaysia
1. Upacara menaikkan Jalur Gemilang.
2. Nyanyian lagu-lagu patriotik.
3. Ucapan perlancaran oleh guru besar.
4. Ceramah Kemerdekaan oleh Tuan Hj.Darham bin Ali, YDP PIBG
( Tokoh Kemerdekaan )
5. Deklamasi sajak kemerdekaan oleh dua orang murid SK Teluk Medan.
" 1 Malaysia.Rakyat Didahulukan.Pencapaian Diutamakan "
Sunday, August 16, 2009
Ramadhan Bulan Pesta Makanan ???

1. Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.Nilai Ibadat kita pada malam itu lebih baik daripada seribu bulan .Itulah malam kemuliaan , malam penuh keberkatan yang membawa rahmat , keberkatan , kekuatan kepada kita .Beruntunglah orang – orang yang beribadat pada malam itu dan berjaya mendapatkannya.
2. Di dalam bulan Ramadhan diwajibkan kita berpuasa . Puasa adalah kekuatan kepada kita .
Rasulullah SAW bersabda :
“Puasa itu adalah perisai bagi seseorang , selagi ia tidak mencerobohinya” (H.R An Nasai)
Yang penting ialah menghayati ibadah puasa ini supaya ia menjadi perisai dan kekuatan dalam hidup kita.
3. Menghidupkan malam –malam Ramadhan adalah ibadah lebih-lebih lagi dengan menunaikan solat sunat tarawikh . Ibadat malam adalah kekuatan . Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya bangun malam untuk beribadat lebih kuat kesannya dan lebih tepat bacaannya “(Q.S Al Muzammil 6)
4. Menyatakan balasan dan ganjaran amalan berganda-ganda , samada amal yang wajib mahupun yang sunat sebagai motivasi untuk meningkatkan amalan –amalan yang dalam bulan Ramadhan.
5. Berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah perjuangan yang memerlukan kesabaran . Hanya dengan sabar kita mampu menhadapi cabaran dan berjaya mencapai cita-cita yang besar . Dengan itu kesabaran adalah kekuatan.
6. Kasih sayang , perpaduan dan persaudaraan adalah syarat untuk mencapai kejayaan.
7. Rezeki yang luas dan kestabilan ekonomi diperlukan untuk menjayakan cita-cita kita yang murni.
Thursday, August 13, 2009
HARI KEBANGSAAN KE-52
Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Ulang Korus (4x)
Satu Malaysia untuk semua
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Tuesday, August 11, 2009
Pencegahan H1N1
Cegah Influenza A (H1N1) Dengan Mencuci Tangan Dengan Betul
Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.
7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air Dan Sabun
- Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna

- Gosok kedua-dua tapak tangan

- Gosok setiap jari dan celah jari

- Gosok kuku di tapak tangan

- Gosok belakang tangan dan celah jari

- Cuci tangan dengan air bersih

- Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu

4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)
- Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
- Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
- Letak bahan pencuci ke tapak tangan
- Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit
Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari
Amalkan Mencuci Tangan:
- Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
- Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
- Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
- Bila-bila masa tangan anda kotor

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.
2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web www.moh.gov.my dan www.who.int.
3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.
4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaanpermukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
GURU BESAR
Terlebih dahulu marilah kita memanjat kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya kita diberi kesempatan untuk melancarkan sebuah blog mini SK Teluk Medan, Bagan Serai. Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang berusaha mewujudkan sebuah tapak blog sebagai informasi kepada seluruh warga SKTM dan pengunjung luar. Peluasan penggunaan dan kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam bidang ICT di Malaysia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Langkah Kerajaan melaksanakan pelbagai projek dan program ICT dalam pendidikan seperti Projek Makmal Komputer, Program Sekolah Bestari, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, dan Projek SchoolNet telah berjaya menggerakkan minat warga pendidik melibatkan diri dalam ICT. Kini saya percaya ICT bukan lagi menjadi sesuatu perkara yang asing bagi warga pendidik mahupun murid di sekolah. Apa yang perlu diberi perhatian adalah aspek membudayakan ICT sebagai budaya kerja guru. Pembudayaan ICT memerlukan masa. Trenda masa sekarang yang antara lain melibatkan peluasan penggunaan teknologi wayarles sama ada melalui telefon bimbit mahupun komputer riba telah menyemarakkan minat dalam menggunakan ICT dalam kalangan warga pendidik dan masyarakat amnya. Ini merupakan suatu perkembangan baru yang wajar kita eksploitasikan untuk faedah pendidikan. Akhirnya saya berharap agar blog ini akan digunakan sebaik mungkin sebagai sumber informasi bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.Shoyef bin Tukiman
GURU BESAR SKTM







































