Wednesday, September 30, 2009

RUMAH TERBUKA SKTM



RABU 30 September - Walaupun Syawal telah masuk hari yang ke-10 namun suasana Aidilfitri masih terasa. Anak didik masih lagi mengira-ngira keuntungan yang diperolehi dengan kehadiran 1 Syawal. Ada yang hendak menabung dan tidak kurang yang telah ' lenges ' dibelanjakan untuk membeli permainan. Kesempatan yang ada SKTM tidak ketinggalan mengadakan ' Rumah Terbuka ' ( Istilah baru bagi jamuan Aidilfitri lah tu.... ) bagi warganya. Majlis bermula pada waktu rehat jam 10 pagi. Pn.Hjh. Che Onah PK1 memulakan dengan ucapan selamat hari raya bagi mewakili semua warga pendidik SKTM. Tn.Hj.Khairuddin Nawawi kemudianya mengetuai bacaan doa kesyukuran. Anak-anak dijamu dengan nasi ayam dan pelbagai kuih-muih yang dibawa oleh mereka dari rumah. Semoga silaturrahim antara seluruh warga SKTM akan bertambah erat dengan adanya majlis sebegini...Tahniah warga SKTM.

Sunday, September 27, 2009

BLOG SKTM DI AKHBAR SINAR HARIAN


Terima kasih kepada akhbar Sinar Harian yang sudi mempromosikan Blog Mini SK Teluk Medan. Semoga akan menjadi permulaan yang lebih baik...terima kasih.
Untuk berita penuh layari ...http://www.sinarharian.com.my/perak/content/story4977262.asp

Saturday, September 26, 2009

TAHNIAH USTAZ ISHAK



Sabtu 26 September 2009, Majlis walimatulurus Tn.Hj.Ishak telah berlangsung dengan baik dan lancar. Alhamdulillah....tahniah diucapkan kepada Tn.Hj.Ishak sekeluarga dari seluruh warga SKTM. Kami mendoakan agar pasangan berada di dalam bahagia selalu sehingga ke akhir hayat...InsyaAllah.

Wednesday, September 16, 2009

AKHIR RAMADHAN


SK Teluk Medan 18hb September 2009 : Satu majlis ringkas bersempena akhir Ramadhan dan kemunculan Syawal telah diadakan. Majlis tersebut pengerusikan oleh Encik Azizan. Beliau menyatakan secara ringkas tentang kelebihan Ramadhan. Ucapan diteruskan oleh Tn.Hj.Khairudin Nawawi yang memberikan penerangan ringkas tentang adab-adab menyambut aidilfitri. Bersempena majlis tersebut juga anak-anak yatim dan miskin menerima sumbangan duit hari raya yang disampaikan oleh guru besar Encik Shoyef b. Tukiman. Duit raya tersebut adalah sumbangan Kelab Guru SKTM, Murid-murid SKTM, Syarikat Ikhwan ( Petronas ) dan Bank Rakyat Bagan Serai. Majlis diakhiri dengan acara bersalaman dan bermaafan di antara warga SK Teluk Medan.

Tuesday, September 15, 2009

PUASA 6 SYAWAL

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.

SALAM AIDILFITRI

Sunday, September 13, 2009

MAJLIS PENUTUPAN BULAN MERDEKA 2009

Majlis penutupan Bulan Merdeka 2009 peringkat sekolah telah berlangsung pada pagi ini 14.09.2009 mulai 8.40 pagi. Antara acara yang dijalankan ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan seperti pertandingan mewarna, melukis poster, teka silangkata dan sebagainya. Majlis dipengerusikan oleh Encik Azizan selaku guru bertugas mingguan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pn.Azizah Guru PK Kokurikulum...Tahniah kepada murid-murid yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya diharap akan cuba lagi pada tahun hadapan..InsyaAllah.

Saturday, September 12, 2009

PERUBAHAN NAMA DAN LOGO

Merujuk kepada cadangan dan keputusan mesyuarat JK Prapenubuhan Persatuan Bekas Pelajar SKTM kali-1, perubahan kepada nama dan logo telah diputuskan iaitu :

Nama : Alumni SKTM ditukar kepada Persatuan Bekas Pelajar SK Teluk Medan
Logo : Seperti yang dipaparkan pada ruangan pendaftaran.

Friday, September 11, 2009

Perjuangan Belum Berakhir

Baru sahaja berhempas-pulas dengan peperiksaan UPSR, murid tahun 6 akan menghadapi Peperiksaan Pendidikan Islam yang tidak kurang pentingnya terutamanya bagi pelajar yang berminat untuk ke aliran agama di sekolah menengah nanti. Peperiksaan tersebut akan berjalan selama dua hari mulai Isnin 14.09.2009. Apapun warga SKTM mendoakan agar calon-calon dipermudahkan oleh ALLAH untuk menghadapi peperiksaan tersebut dan memperoleh kejayaan yang cemerlang....Selamat menghadapi peperiksaan.

Thursday, September 10, 2009

Ehya' Ramadhan



Beberapa program telah dirancang dan dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam bagi memenuhi program sepanjang bulan Ramadhan. Antara yang telah dirancang dan dilaksanakan ialah :
1. Ceramah Ehya' Ramadhan
2. Tadarus Al-quran
3. Kutipan Derma Untuk Anak-anak Yatim dan ;
4. Pertandingan-pertandingan
Semoga Ramadhan akan menjadi 'madrasah' ( tempat latihan ) bagi melahirkan insan yang beriman, beramal dan bertaqwa.

ICTL

ICT Literacy (ICTL) for primary school is a programme designed to lay the foundation for all students to develop their ICT capabilities in future years. Here, basic ICT skills are packaged in various teaching and learning modules appropriate for students according to their primary school year level.


ICTL programme contains ICT skills that are fundamental and necessary in order to use computer hardware and software applications.


The content of ICTL programme includes topics on:

  1. Computer Lab Management
  2. Computer Hardware
  3. Computer Software
  4. Computer Maintenance
  5. Internet and Webpage.

MESYUARAT J/KUASA PENAJA ALUMNI SKTM

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni SK Teluk Medan kali pertama akan diadakan pada :

Tarikh : 12.09.2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTM

Kami seluruh warga SKTM mengucapkan selamat bermesyuarat. Mudah-mudahan hasrat murni diredhai dan diberkati ALLAH....BERSATU BERMUAFAKAT.

TAHNIAH ENCIK SHOYEF B. TUKIMAN

WIFI PERCUMA


Berita gembira bagi pemilik Streamyx. Dapatkan sebuah router WiFi percuma di kedai-kedai Telekom berhampiran...Nak beli sendiripun RM100 lebih..heh..banyak tu...

Sunday, September 6, 2009

Muhasabah Nuzul Al-quran

Kebanyakan kita berusaha menjaga fizikal Al-quran. Kita tidak akan meletakkan Al-quran di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak ‘menjaga’ Al-quran. Kita turut sensitif dan merasa amat marah apabila mendengar dan melihat Al-quran dipijak, dibakar atau dibuang di dalam tandas. Kita juga tidak akan berdiam diri jika Al-quran dihina, diremeh atau dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang akan menjaga kemurnian Al-quran dari segala bentuk penodaan dan pemalsuan. Segala usaha ini sangat baik dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang harus kita tunaikan. Namun, kita sering hanya berhenti sebatas ini sahaja. Umat Islam berusaha untuk menjaga fizikal Al-quran, tetapi tidak berusaha untuk memahami isi kandungannya dan menerapkan hukum-hakamnya. Umat Islam marah apabila Al-quran dihina, tetapi mereka sendiri ‘menghina’ Al-quran dengan tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Umat Islam sakit hati apabila Al-quran dikatakan telah ketinggalan zaman, tetapi mereka sendiri telah berzaman meninggalkan ajaran Al-quran ???

SEMOGA SUKSES



Selamat menghadapi peperiksaan UPSR 2009 kepada murid-murid tahun 6. Semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Saturday, September 5, 2009

Wednesday, September 2, 2009

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaaan Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak. Tapak asal sekolah ini terletak 0.5 km ke utara dari tapak sekarang. Bangunan asal (1890 an ) adalah bangunan binaan kayu dan berbumbung bertam. Jumlah murid ketika sekolah mula dibuka 50 orang . Guru pertama yang bertugas di sekolah ini ialah Encik Jerais dari Pulau Pinang. Di fahamkan juga bahawa sekolah ini pada asalnya ia lah sebuah pusat latihan tanaman padi bagi guru-guru.

Di atas kesedaran ibubapa terhadap pentingnya pendidikan, bilangan murid terus meningkat. Usaha menggalakkan masyarakat setempat terhadap pelajaran anak anak telah dijayakan oleh Lebai Taib dan Lebai Ismail. Pada tahun 1958 sebuah lagi bangunan 4 bilik didirikan bagi menggantikan bangunan yang telah rosak.

Pada tahun 1973 , sebuah bangunan baru dua tingkat dan sebuah kantin di bina dengan belanja sebanyak RM 140, 000.00 . Perasmian bangunan ini telah dilakukan pada 13 Februari 1976 oleh YB. Datuk Dr. Mahathir b Mohamed , ia itu Menteri Pelajaran ketika itu. Pada tahun 1979 pertambahan murid semakin ramai sehingga menjadi 842 orang. Jumlah kelas pula sebanyak 22 buah dan bilangan guru pula seramai 28 orang.

Pada tahun 1989 , sebuah lagi bangunan Projek Gotong Royong didirikan bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah menelan belanja RM 60,000.00. Bangunan tambahan 4 kelas ini dibina berjauhan dari pejabat / bangunan pusat dan ia berselang dengan lot bendang. Ia mula digunakan tahun berikutnya. Kegunaan bangunan asal ( bangunan bertiang ) yang berhampiran jalan raya sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan kerana gangguan bunyi kenderaan . Oleh sebab itu 4 bilik darjah telah dibina pada tahun 1995 bagi mengatasi masalah tersebut. Akibat perlaksanaan Program Pembangunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELCRA dan FELDA) bilangan murid berkurangan menjadi 500 orang.

Pada tahun 2002 bangunan baru 4 tingkat dibina di tapak asal bangunan kayu berhampiran tepi jalanraya Pembinaan ini bagi mengatasi kekurangan bilik darjah dan persekolahan satu sesi ( pagi ). Ia mula digunakan akhir tahun 2003 dengan perpindahan pejabat , bilik guru , surau , bilik sains , bilik kemahiran hidup, bilik mesyuarat dan juga kelas . Belanja pembinaan dikira-kira 2.2 juta ringgit. Terdapat Pusat Kegiatan Guru di sekolah ini.

Murid - murid sekolah ini datang dari Kampung Teluk Medan, Kampung Masjid Tinggi, Kawasan Sungai Gedung , Parit 7 , Parit 6 , Parit 5 , Parit 4 , dan Parit 3 serta dari beberapa tempat lain. Ramai ibu bapa bekerja sebagai petani, ada kerja sendiri, dengan kerajaan dan swasta.

Sekitar Sambutan Kemerdekaan SKTM




Tuesday, September 1, 2009

Usia Tidak Menghalang Cita-cita



Usia tidak menghalang cita-cita. Konsep ilmu sepanjang hayat merupakan teras kepada kejayaan seseorang. Atas pegangan ini Encik Shoyef bin Tukiman, Guru Besar SK Teluk Medan telah memperolehi segulung ijazah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran di UPSI pada penghujung tahun 2008. Tahniah diucapkan dan semoga menjadi galakkan kepada anak-anak didik dan warga SKTM. Tahniah.....

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP