Friday, October 30, 2009

Semua sekolah kuatkuasa piawaian standard keselamatan ketika perkhemahan: TPM

KUALA LUMPUR: Semua sekolah diarah menguatkuasakan prosedur standard (SOP) keselamatan semasa menganjurkan kegiatan perkhemahan pelajar bagi mengelak kejadian tidak diingini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Iskandar Investment dan Marlborough College Malaysia untuk membangunkan kolej itu di kawasan peranginan antarabangsa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas langkah yang diambil berikutan kejadian tiga pelajar mati lemas selepas jambatan gantung runtuh yang dinaiki mereka di Sungai Kampar, Kuala Dipang, runtuh tiga hari lalu.

Thursday, October 29, 2009

SOKONGAN UNTUK SEKOLAH SATU ALIRAN DI PARLIMEN


KUALA LUMPUR 28 Okt. – Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu. Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan. ‘‘Kita boleh kekalkan sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah tetapi ia wajar dijadikan satu aliran apabila di peringkat sekolah menengah. ‘‘Dalam konteks ini kerajaan harus mengambil alih semua sekolah menengah dengan menjadikannya satu aliran supaya anak-anak kita dapat belajar dalam satu sekolah yang sama,’’ katanya ketika membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Datuk Abd. Halim Abd. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim pula berkata, hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.
‘‘Sistem pendidikan kita sekarang ini seperti landasan kereta api yang akhirnya tidak ada titik pertemuan dan itulah yang pernah dibangkitkan oleh Profesor Kay Kim sebelum ini,’’ katanya. Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai. ‘‘Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran,’’ katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah. Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.

Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran. Menurut Kay Kim, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. ‘‘Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah,’’ katanya.

Sumber - Utusan Online

Wednesday, October 28, 2009

j-QAF BAKAL DIPERKENAL DI SEKOLAH MENEGAH

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan pengajian Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) di peringkat sekolah menengah sebagai langkah untuk memperluaskan pengajian bidang tersebut.Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, setakat ini prestasi pelajar yang mengikuti program itu amat menggalakkan walaupun di kalangan pelajar yang belum mencecah tahun enam.“Data pencapaian (lulus) adalah seperti berikut, amali wuduk 98.97 peratus, amali solat bacaan 90.26 peratus, amali solat perlakuan 99.25 peratus, bahasa arab 81.24 peratus, dan Jawi 89.87 peratus,” katanya di Dewan Rakyat di sini, semalam. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang bertanya mengenai langkah kerajaan dalam meluaskan pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah menengah.Dr Mohd Puad berkata, kerajaan juga akan membina lebih banyak sekolah menengah kebangsaan agama memandangkan minat dan permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah aliran itu.Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) Dr Mohd Puad berkata, kira-kira RM1.2 juta diperuntukkan untuk bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab tahun ini.


Sumber dipetik dari :http://www.sinarharian.com.my/com

Tuesday, October 27, 2009

Malaysia girl drowns, 2 children missing in river

KUALA LUMPUR, Malaysia – A new footbridge across a river collapsed while schoolchildren crossed it during a camping trip in Malaysia, killing at least one girl and leaving two missing and feared drowned in the currents below, officials said Tuesday. Police, firefighters and emergency services personnel scoured the Kampar River in northern Malaysia where the students went missing late Monday, Perak state Chief Minister Zambry Abdul Kadir said. "They are looking for the bodies," Zambry told The Associated Press. Search teams found the body of one girl and were searching for the two other students, said Aziz Salleh, police chief of Kampar district. Police earlier said up to 22 children were missing, and Salleh blamed the error on inaccurate records of about 300 students who were on the trip. About 20 children managed to cling to the 160-foot-long (50-meter-long) suspension bridge when it collapsed, said Chen Fook Chye, a state lawmaker at the scene. "There is a lot of confusion right now, a lot of worried parents," Chen said. K. Mathivanan, 12, said the bridge had been swaying and abruptly collapsed after some students jumped on it. The scene turned chaotic as students screamed for help and started crying, Mathivanan told the national news agency, Bernama. The two-week-old bridge was built to replace an old one that had fallen apart with age, the report said. "Suddenly we were thrown into the river, but I managed to hold on to a rope," Mathivanan told Bernama. "The currents were strong but I pulled my body up" to the shore. The students were participating in a government-run project to foster multiracial understanding among children of different ethnic groups by making them camp together, cook traditional dishes and play cultural games.

BERNAMA

Monday, October 26, 2009

SAMA-SAMALAH KITA BERDOA

GOPENG: Sehingga pagi ini, 22 pelajar yang dikhuatiri hanyut kerana jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, belum ditemui.


Gerakan mencari itu membabitkan anggota polis, bomba dan penyelamat, Rela dan penduduk tempatan di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat sini.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di SK Kuala Dipang, runtuh.

Kira-kira 20 murid lain dilaporkan terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan.

Murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

SUMBER : Berita Harian

Sunday, October 25, 2009

TERUSKAN PEJUANGAN

Mulai hari ini 26 Oktober sehinggalah ke hari Khamis 29 Oktober, anak-anak kita berjuang lagi di medan peperiksaan. Antara peperiksaan yang akan mereka hadapi sepanjang minggu ini adalah :
1. Peperiksaan Akhir Tahun 2009.
2. Peperiksaan Percubaan KIA2M.
3. Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ).
Semoga dimudahkan oleh Allah S.W.T untuk menjawab dengan tenang dan berjaya dengan cemerlang. Selamat menghadapi peperiksaan...

TAHNIAH PRASEKOLAH SKTM


SK Gunong Semanggol 24 Oktober, Karnival Prasekolah Daerah Kerian telah diadakan yang telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian. Di dalam karnival tersebut, seorang murid dari SK Teluk Medan iaitu adik Kamarul Akmal bin Sirun telah menjadi johan pada Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu. Adik Kamarul Akmal bin Sirun akan mewakili daerah Kerian ke Karnival Prasekolah Negeri Perak yang akan diadakan pada 6,7 dan 8 November ini di pusat peranginan Bukit Merah Lake Town. Tahniah diucapkan kepada adik Kamarul Akmal bin Sirun dan guru-guru prasekolah SKTM yang telah bertungkus-lumus melatihnya sehingga menjadi johan...tahniah.

Friday, October 23, 2009

SEHARI DI PKG TELUK MEDAN

PKG Teluk Medan 24 Oktober, Seramai hampir 40 orang warga pendidik SK Teluk Medan telah mengikuti Kursus Pembinaan Laman Blog Mata Pelajaran. Kursus tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada warga pendidik SKTM tentang kelebihan laman blog dan cara menghasilkannya. Tn.Hj.Khairudin bin Hj.Ramli telah dijemput sebagai penceramah dan fasilitator kepada kursus tersebut. Pada akhir kursus para peserta amat berpuas hati dengan hasilan yang diperolehi. Mereka berharap kursus seumpama ini akan disambung lagi pada masa akan datang bagi menambah ilmu dan kecekapan mereka dalam membina laman blog. Kini hampir seluruh warga pendidik SKTM telah mempunyai laman blog masing-masing. Tahniah warga pendidik SKTM...

Thursday, October 22, 2009

LDP : Pembinaan Blog Mata Pelajaran

Tarikh : 24.10.2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : PKG Teluk Medan
Penceramah : Tn.Hj.Khairudin b. Hj.Ramli.SK Parit Haji Taib.

Warga pendidik SKTM jangan ketinggalan !!!

Tuesday, October 20, 2009

MINYAK SAWIT UNTUK KERETA


PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya."Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

SUMBER : http://cikgumalaysia.blogspot.com/

Monday, October 19, 2009

Pengorbanan Dihargai

Sebagai menghargai tukus lumus guru-guru terhadap murid-murid tahun 6 yang baru sahaja menghabiskan peperiksaan UPSR, pihak sekolah telah memberikan ' ole-ole ' bersempena akhirnya bulan Syawal 1430H. Semoga ianya akan mengeratkan lagi silaturrahim antara warga pendidik SKTM...tahniah guru-guru.

Perlancaran Bulan Bahasa SKTM 2009



SK Teluk Medan 19 Oktober. Majlis Perlancaran Bulan Bahasa peringkat sekolah telah diadakan mulai jam 7.40 pagi. Majlis Perlancaran Bulan Bahasa itu telah disempurnakan oleh Hjh. Che Onah bt. Saad, Penolong Kanan 1 SKTM. Seperti biasa, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Perak dan lagu sekolah. Majlis turut diserikan dengan deklamasi sajak dan bercerita bahasa Melayu oleh beberapa orang murid SKTM. Di dalam ucapannya, Hjh. Che Onah berharap Bulan Bahasa yang disambut akan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan dapat meningkatkan penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa utama di kalangan murid-murid SKTM.

Sunday, October 18, 2009

BAHASA MELAYU

Memastikan kepentingan bahasa Melayu kekal sepanjang zaman

Jami'ah Shukri / Rencana Berita Harian Online 19.10.2009


KUASA bahasa Melayu tidak pernah tenggelam, sebaliknya terus semarak dan relevan sebagai bahasa ilmu yang ditutur oleh lebih 300 juta insan di seluruh dunia.

Jumlah itu sudah cukup hebat dari segi penguasaan di dunia dengan kedudukan di tangga kelima di belakang bahasa Inggeris yang mempunyai 1.5 bilion penutur, Mandarin (1 bilion), Hindi (700 juta) dan Sepanyol (350 juta).

Jika diimbas kegemilangan bahasa Melayu dalam konteks Malaysia pula, ia sudah diangkat sebagai bahasa ‘lingua franca’ dan ilmu sejak kurun ke-13 yang turut dituturkan oleh pedagang antarabangsa yang berurusan di Melaka dalam bidang perniagaan, menggunakannya sebagai bahasa pengantara.

Pedagang Cina, umpamanya dilaporkan membeli kamus Melayu untuk memudahkan mereka berkomunikasi dengan penduduk di Melaka.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata dengan kehebatan bahasa itu pada peringkat dunia, rakyat di negara ini juga seharusnya berbangga bahasa Melayu terus penting dalam apa juga keadaan.

Katanya, Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri, umpamanya adalah antara penulis yang memartabatkan bahasa Melayu termasuk lahirnya buku Hikayat Raja Pasai yang mempamerkan kemajuan bahasa itu semaju di Eropah.

Justeru, kesungguhan DBP untuk memartabatkan bahasa Melayu sudah dilakukan dengan giat termasuk memastikan pelbagai urusan dikendalikan dalam bahasa Melayu di kalangan sektor awam dan digalakkan perkara sama di sektor swasta.

Usaha memperkayakan bahasa Melayu juga dilaksanakan dan ketika ini DBP mempunyai istilah dalam bahasa Melayu yang banyak dan cukup dalam pelbagai bidang mencakupi Sains, Matematik, kejuruteraan dan teknologi.

“Setakat ini, kita sudah menerbitkan 41 kamus istilah, 225 daftar istilah dengan keseluruhan lebih sejuta istilah dalam pelbagai bidang.

“Kita juga sudah bukukan 825,495 istilah dalam pelbagai bidang. Bahasa itu sudah ada tata bahasa secara sistematik. DBP sudah menyediakan tata bahasa dewan yang tersusun, sebelum ini dilakukan oleh Pelita Bahasa Melayu, oleh Zaaba dan perbaiki tata bahasa dewan,” katanya.

Termuzi berkata, banyak buku dan jurnal diterbitkan dalam bidang ilmiah, lebih 15,000 cerpen dan novel diterbitkan. Malah, ia juga ada ensiklopedia dalam pelbagai bidang sains, teknologi dan agama. Justeru, pelbagai pihak juga perlu turut membantu menyebar luas dan menerbitkan serta memperbanyakkan penyelidikan dalam bidang lain.

Beliau berkata, sejak 1960 hingga 2002, keistimewaan bahasa Melayu amat hebat dan usaha dilakukan agensi itu sudah menampakkan kesannya, tetapi bermula Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PSMI), maka sudah mengubah persepsi rakyat bahawa kerajaan lebih mengutamakan bahasa Inggeris.

Justeru, keputusan kerajaan untuk mengembalikan semula PPSMI itu ke dalam bahasa Melayu dianggap langkah bijak ke arah memartabatkan semula bahasa kebangsaan itu, pada masa depan.

Thursday, October 15, 2009

LDP : Pembinaan Blog Mata Pelajaran

Satu kursus LDP bertajuk " Pembinaan Blog Mata Pelajaran " akan diadakan pada :
Tarikh : 24.10.2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang.
Tempat : PKG Teluk Medan.
Peserta : Guru dan kakitangan SKTM.
Fasilitator : Tn.Hj.Khairuddin b. Hj.Ramli . SK Parit Haji Taib.
Semoga pendedahan akan memberi manafaat kepada semua kakitangan SKTM sesuai dengan slogan ' Pencapaian Diutamakan '

KARNIVAL PRASEKOLAH ZON BAGAN SERAI 2009

Sabtu 10 Oktober, Karnival Prasekolah Zon Bagan Serai telah diadakan bertempat di SK Alor Pongsu, Bagan Serai. Anak-anak dari SK Teluk Medan tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan adalah Pertandingan Bercerita, Deklamasi Sajak, Hafazan dan Ejaan. Salah seorang daripada murid Prasekolah SKTM telah berjaya mewakili Zon Bagan Serai ke peringkat daerah Kerian yang akan diadakan pada 24 Oktober nanti. Tahniah kepada adik Kamarul Akmal bin Sirun....

Tuesday, October 13, 2009

WIRID SELEPAS SOLAT




Kelebihan Mengamalkan Wirid dan Zikir
1. Bertambah teguh dan kukuh iman.
2. Mengelakkan diri daripada melakukan kemungkaran
3. Murah rezeki dan tenang jiwa
4. Tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang merosakkan akidah
5. Sebagai perisai pertahanan diri
6. Akan tercapai kemanisan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT.
7. Mendekatkan diri kepada Allah

Adab-adab Berzikir kepada Allah SWT
1. Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya
2. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
3. Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam Nas al-Quran atau As-sunah
4. Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah SWT
5. Menggunakan suara yang perlahan

6. Perbanyakkan zikir dalam suasana yang genting
7. Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaa
n dan tempat
8. Tidak berzikir semasa Qadha hajat

Kerugian kepada orang yang tidak berzikir
1. Terdedah kepada perkara yang dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu
2. Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
3. Berada dalam keadaan gelisah
4. Hidupnya kurang diberkati Allah
5. Tidak mengecapi kemanisan beribadat


Catatan : Video Kem Jati Diri Perdana SKTM 2009

Friday, October 9, 2009

KEM JATI DIRI PERDANA 2009


Seramai hampir 200 murid-murid daripada tahun 5 dan 6 SK Teluk Medan telah berkampung di sekolah selama 2 hari 1 malam bagi menjayakan Program Jati Diri Perdana 2009. Kem tersebut yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKTM bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid tentang aktiviti perkhemahan di samping memberikan beberapa input yang berguna kepada murid-murid. Antara objektif lain program dijalankan ialah untuk meningkatkan displin murid-murid dan mengeratkan silaturrahim serta kerjasama di kalangan seluruh warga SKTM. Berbagai acara telah disusun oleh Jawatankuasa Program Jati Diri Perdana 2009. Antaranya ialah :
1. Kuliah maghrib dan subuh.
2. Ceramah agama.
3. Sukaneka.
4. Jelajah Indahnya Kampungku ( tracking ).
5. Pertandingan kawad kaki.
6. Pertandingan gubahan.
7. Pertandingan anduh.
8. Membuat gadget.
9. Kraftangan dari bahan kitar semula dan ;
10. Senamrobik.

Tahniah kepada seluruh warga SKTM...semoga matlamat Program Jati Diri Perdana 2009 tercapai.

Wednesday, October 7, 2009

Kelas KAFA

Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) adalah sebuah lembaga yamg diamanahkan oleh Majlis Raja-raja untuk menyelaras program Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) di seluruh negara. Mesyuarat LEPAI kali pertama bagi tahun 2005 telah diadakan pada hari Jumaat, 16 September 2005, jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Syura, Aras 9, JAKIM setelah 5 tahun tidak bersidang.Mesyuarat dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Yusuf Noor, selaku Pengerusi LEPAI dan dihadiri 20 ahli LEPAI yang lain.


Mohd. Yusuf turut memaklumkan bahawa program KAFA dan J-QAF adalah saling lengkap melengkapi kerana program J-QAF dilaksanakan dalam waktu pembelajaran formal dan KAFA di luar waktu pembelajaran. Tan Sri Pengerusi juga memaklumkan berdasarkan kajian MAMPU 1996 dan UPM tahun 2002 telah memperakukan kelas KAFA telah dapat mencapai matlamat penubuhannya dan memberi sumbangan yang besar terhadap penghayatan Islam kepada anak-anak.


Warga SKTM mendoakan semoga calon-calon UPKK 2009 daripada murid-murid SKTM akan dapat menjawab soalan dengan tenang dan mudah serta mendapat kejayaan yang cemerlang. Sesetengah ibu-bapa menganggap UPKK hampir sama pentingnya dengan UPSR. Tungkus lumus dan penat lelah anak-anak dan ibu-bapa selama 5 tahun di sekolah petang akan hilang andainya kejayaan di dalam UPKK diperolehi. Peperiksaan UPKK 2009 lebih mencabar kerana akan diadakan serentak tarikhnya dengan Peperiksaan Selaras Akhir Tahun Negeri Perak...Usaha insyaAllah berjaya. Selamat menduduki peperiksaan UPKK 2009.

WORKING ADULT LEARNER

SERING kali kedengaran kenalan di tempat kerja merungut kepenatan sejurus bekerja seharian. Begitu jugalah keadaannya di kalangan pelajar yang sedikit tertekan untuk menyiapkan tugasan pensyarah. Beginilah halnya bagi mereka yang bekerja menyahut cabaran dengan untuk menyambung pelajaran.Bayangkan, selepas tamat waktu bekerja mereka tidak seperti teman-teman yang mempunyai agenda tertentu dan merehatkan minda serta bersama keluarga. Mereka yang menyambungkan pelajaran pula terpaksa mengenepikan kesemua itu dengan bekerja keras di institusi pengajian tinggi (IPT) semata-mata untuk menggenggam segulung ijazah yang bukan saja meningkatkan kualiti kehidupan malah memberi impak besar dalam kerjayanya. Namun ramai yang berpendapat bahawa belajar sambil bekerja walaupun memenatkan tetapi menyeronokkan. Tatkala ini, pepatah ' masa itu emas ' diakui kebenarannya. Pengurusan masa dan displin diri yang tinggi amat perlu bagi memperolehi jalan mudah sebagai ' Working Adult Learner '. Kepada warga SKTM yang telah tamat diucapkan tahniah. Yang di pertengahan jalan teruskan usaha murni anda. Yang baru menjejakkan kaki selamat datang dan yang sedang berkira-kira untuk memohon PGSR ambilan baru sahutlah cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia...

Tuesday, October 6, 2009

BULAN BAHASA

Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.

"Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat kita," katanya pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di Kuching hari ini.

Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema "Bahasa Jiwa Bangsa" itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.

Thursday, October 1, 2009

KEFARDHUAN MEMPELAJARI ILMU


Hukum mempelajari ilmu agama merupakan satu kefardhuan yang wajib dituntut oleh setiap individu muslim. Kelas-kelas pengajian yang diadakan di masjid-masjid seringkali tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Terdapat beberapa hujah kenapa perlu mempelajari ilmu agama. Sheikh Samad al-Palembang di dalam karyanya Sirussalikin ( daripada Al-imam Ghazali ) menyimpulkan kepada lima perkara utama :
1. Mengukuhkan aqidah sesungguhnya aqidah yang ta'lid ( ikut-ikutan ) tidak diterima.
2. Mengesahkan amalan sesungguhnya tiap-tiap amalan yang tidak disertai oleh ilmu hanya sia-sia dan tidak akan diterima.
3. Memudahkan melakukan amalan supaya berbetulan dengan syarak.
4. Menyampaikannya kepada orang lain jika mampu.
5. Meninggikan syiar Islam sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi ( mencerminkan individu Islam sebenar )

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP