Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya bersedia membincangkan perkara itu yang dilihat mampu membawa kesan positif kepada dunia pendidikan. Menurutnya, ia juga dapat mengelakkan isu-isu berkaitan hukuman ke atas pelajar dipolitikkan oleh pihak tertentu. "Kalau guru yang merotan kadang-kadang ia akan menjadi isu politik. Lagi pun, ada di kalangan pelajar lebih takut masalah mereka dibawa ke pengetahuan ibu bapa daripada dirotan guru. "Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan itu. Kementerian tiada masalah untuk membincangkannya tetapi ibu bapa sendiri perlu bertanggungjawab dengan tidak berkompromi tentang disiplin anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ketujuh di sini hari ini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa Mohamad Ali akan membentangkan cadangan tersebut melalui kertas kerja Peranan PIBG Membantu Sekolah Dalam Menangani Disiplin pada seminar anjuran Kementerian Pelajaran 30 November ini di Klang, Selangor. Menurut Mohamad Ali, hukuman itu perlu dijalankan mengikut peraturan dan syarat tertentu termasuk dilakukan secara tertutup.
Diminta mengulas kecaman beberapa pihak terhadapnya berhubung cadangan beliau agar sektor swasta menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya tanpa menggunakan bahasa Inggeris, Mohd. Puad berkata, cadangannya itu mungkin telah disalah tafsir. "Saya tahu sektor swasta banyak berurusan dengan syarikat antarabangsa atau warga asing. Ketika itu gunakanlah bahasa Inggeris tetapi yang saya maksudkan adalah semasa berkomunikasi sesama kita rakyat Malaysia," katanya.
Sumber - Utusan Online
Monday, November 30, 2009
KUASA MEROTAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA AKAN DI KAJI
Tuesday, November 24, 2009
AZAM DAN ILTIZAM
Mulai hari ini 8 Zulhijjah jutaan umat islam dari seluruh pelusuk bumi Allah akan mula berpusu-pusu untuk ke tanah Arafah bagi menyempurnakan sebahagian daripada rukun haji iaitu wukuf di Arafah. Ada yang menaiki bas, kereta sewa, van, lori dan tak kurang yang hanya mampu berjalan kaki sahaja. Apapun kenderaan yang mereka naiki tetapi matlamat dan pakaian yang dipakai adalah sama sahaja. Saat ini nilai seorang raja dan seorang rakyat biasa sama sahaja. Yang membezakannya hanyalah niat ikhlas dan sifat taqwa hamba kepada Allah yang mensyariatkan ibadah haji kepada umat manusia. Hasrat semua jamaah haji adalah untuk memperolehi haji yang mabrur yang dijanjikan keampunan dan balasan syurga di akhirat nanti. Apa itu MABRUR ?. Seorang ulamak tanahair menulis bahawa haji yang mabrur adalah bagaimana ibadah haji itu memberi kesan kepada penghidupan kita setelah selesai menunaikan fardhu haji dan pulang ke tanah air. Dengan kata lain adalah bagaimana konsep ibadah haji tersebut dapat dihayati dan direalisasikan dalam kehidupan seharian kita. ADMIN mengakui kenyataan ini...ketika di Tanah Haram kita melihat manusia berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah. Tetapi apabila pulang ke tanah air semangat untuk berjamaah setiap waktu di masjid mulai pudar dan akhirnya hilang begitu sahaja. Mungkin itulah salah satu kelebihan Masjidil Haram...atau kurangnya ketahanan diri kita untuk menghayati konsep ibadah haji di dalam penghidupan seharian selepas bergelar 'haji'...Marilah kita sama-sama melihat diri kita......Al-kisah seorang sahabat ADMIN yang bekerja sebagai seorang kerani Telekom sedangkan isterinya tidak bekerja dan mempunyai 9 orang anak berangkat menunaikan haji pada tahun ini bersama isterinya...mungkin itulah yang dinamakan 'berkat' atau 'sudah sampai seru' ?....kuncinya ialah AZAM dan ILTIZAM yang tinggi....semoga kisah sahabat ADMIN tadi menjadi renungan untuk semua. Selamat hari raya Aidil Adha daripada seluruh warga SKTM. Maaf zahir batin....Sunday, November 22, 2009
Usia Tidak Menghalang Cita-cita II

Usia tak menghalang cita-cita. Mungkin begitulah ungkapan yang terpahat di hati setiap warga pendidik SK Teluk Medan. Selepas tajuk yang sama dipaparkan beberapa bulan yang lalu, kini tajuk ' Usia Tidak Menghalang Cita-cita ' kembali semula menjadi tajuk semasa blog SKTM. Kali ini ADMIN memaparkan seorang lagi warga SKTM yang baru sahaja memperolehi segulung ijazah daripada Open University Malaysia dalam bidang Matematik. Yang menariknya beliau turut ditemani oleh suaminya yang juga graduan di dalam majlis konvokesyen yang sama. Khabarnya beliau merupakan graduan terbaik Matematik di dalam majlis konvokesyen tersebut. Sekalung tahniah buat Pn.Norihan bt. Hj.Yusop dan suami Encik Azmi atas penerimaan ijazah di dalam majlis konvokesyen OUM pada hujung minggu lalu....tahniah.Friday, November 20, 2009
YAHOO...
UCAPAN PERPISAHAN
SK TELUK MEDAN
Jumaat 20 November merupakan hari terakhir Pn. Khairul Hafiza bersama warga SKTM. Beliau akan berhijrah ke daerah Teluk Intan bagi meneruskan keriernya sebagai pendidik di sebuah sekolah elit SK Raja Muda Musa. Dalam ucapan terakhirnya kepada anak didik di SKTM, beliau berharap agar budaya menuntut ilmu dapat dijadikan sebagai tradisi sepanjang hayat selagi nyawa di kandung badan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir dan rakan-rakan guru yang banyak membantu beliau dalam meningkatkan profesion keguruan sehinggalah beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Di dalam majlis tersebut guru besar SKTM mewakili Kelab Guru dan Kakitangan menyampaikan cenderahati sebagai tanda persahabatan Pn.Khairul Hafiza dengan warga pendidik dan staf SKTM....apapun seluruh warga SKTM mendoakan semoga Pn.Khairul Hafiza sentiasa di dalam peliharaan Allah...semoga jumpa lagi.
Jumaat 20 November merupakan hari terakhir Pn. Khairul Hafiza bersama warga SKTM. Beliau akan berhijrah ke daerah Teluk Intan bagi meneruskan keriernya sebagai pendidik di sebuah sekolah elit SK Raja Muda Musa. Dalam ucapan terakhirnya kepada anak didik di SKTM, beliau berharap agar budaya menuntut ilmu dapat dijadikan sebagai tradisi sepanjang hayat selagi nyawa di kandung badan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir dan rakan-rakan guru yang banyak membantu beliau dalam meningkatkan profesion keguruan sehinggalah beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Di dalam majlis tersebut guru besar SKTM mewakili Kelab Guru dan Kakitangan menyampaikan cenderahati sebagai tanda persahabatan Pn.Khairul Hafiza dengan warga pendidik dan staf SKTM....apapun seluruh warga SKTM mendoakan semoga Pn.Khairul Hafiza sentiasa di dalam peliharaan Allah...semoga jumpa lagi.
Thursday, November 19, 2009
SYABAS CALON UPSR 2009

SK TELUK MEDAN 19 NOVEMBER 2009, Debaran menanti keputusan UPSR 2009 terungkai hari ini apabila keputusan peperiksaan itu dibacakan oleh Tn.Hj. Abdul Wahid b. Ramli, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kerian di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah SKTM 2009. Calon-calon 5A UPSR 09 dihadiahkan RM100 setiap seorang daripada PIBG sebagai tanda penghargaan dan motivasi kepada murid-murid lain yang bakal menduduki UPSR pada tahun-tahun mendatang. Berikut adalah intisari ringkas keputusan UPSR 2009 :
1. Jumlah murid mendapat 5A : 13 orang.
2. Jumlah murid mendapat 4A1B : 10 orang.
3. Jumlah murid mendapat 4A1C : 1 orang
4. Jumlah murid mendapat 3A2B : 5 orang
Jumlah murid lulus semua mata pelajaran : 79 / 112 orang.
Peratus lulus semua mata pelajaran : 70.53 %
Tahniah diucapkan kepada calon UPSR 2009 dan warga pendidik SKTM....
1. Jumlah murid mendapat 5A : 13 orang.
2. Jumlah murid mendapat 4A1B : 10 orang.
3. Jumlah murid mendapat 4A1C : 1 orang
4. Jumlah murid mendapat 3A2B : 5 orang
Jumlah murid lulus semua mata pelajaran : 79 / 112 orang.
Peratus lulus semua mata pelajaran : 70.53 %
Tahniah diucapkan kepada calon UPSR 2009 dan warga pendidik SKTM....
ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2009
Tuesday, November 17, 2009
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009
SK TELUK MEDAN 18 NOVEMBER. Suasana kesibukan menjelang Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 semakin dirasakan. Jawatankuasa majlis anugerah yang akan berlangsung esok sibuk mengadakan persiapan terakhir bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis tersebut dijangka akan disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian. Semoga majlis yang dirancang berjalan dengan baik. Tahniah warga SKTM....Monday, November 16, 2009
ANTARA 2 DEBARAN
Debaran menanti keputusan UPSR 2009 semakin kencang. Rata-rata murid-murid tahun 6 cemas menunggu apakah nasib mereka nanti. Guru-guru juga begitu. Keputusan UPSR nanti mencerminkan prestasi dan usaha yang guru-guru lakukan bagi menghasilkan keputusan yang baik. Khabar anginnya keputusan UPSR 2009 sudah boleh diambil mulai jam 10 pagi Khamis ini di Pejabat Pelajaran masing-masing. Semua murid-murid mahukan keputusan 5A di dalam UPSR nanti. Pihak sekolah juga mahukan begitu. Apatah lagi ibu-bapa yang membesarkan mereka daripada sebesar 'ibu jari'. Tetapi Allah lebih mengetahui akan 'hikmah' setiap yang berlaku. Persoalannya adakah keputusan UPSR nanti menjadi penentu masa depan gemilang murid-murid atau adakah keputusan UPSR nanti menjadi kayu pengukur kepada usaha kerja guru-guru selama hampir 6 tahun murid tersebut di sekolah rendah. Jelasnya masih terlalu awal untuk meramal masa depan murid berdasarkan keputusan UPSR...masa masih panjang dan jalan masih luas untuk membina masa depan yang gemilang....Namun yang pasti keputusan UPSR 2009 nanti diharapkan akan menjadi garisan kepada semua pihak yang bukan sahaja guru dan murid untuk muhasabah diri serta muraqhabah misi dan visi pendidikan....Semoga berjaya.Saturday, November 14, 2009
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2009

SK Teluk Medan : Jumaat : 12 November 2009
Program Majlis Khatam Al-quran merupakan program tahunan Panitia Pendidikan Islam dan JQAF. Program yang bertemakan " Menjana Generasi Al-quran " ini antara lain bermatlamat sebagai pengiktirafan dan meraikan murid-murid SK Teluk Medan yang telah mengkhatam al-Quran. Selain daripada itu, program ini juga merupakan motivasi dan penggalak kepada murid-murid lain yang belum mengkhatam al-Quran di samping menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai sebahagian daripada kehidupan harian. Program ini melibatkan 140 murid daripada tahun 1 - 6. Majlis bacaan diketuai oleh Tn.Hj.Ishak bin Napiah selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam dan disempurnakan oleh Tn.Hj.Darham b. Bakri YDP PIBG SK Teluk Medan. Tahniah kepada para peserta dan Warga SKTM.
Wednesday, November 11, 2009
ENGLISH DAY 2009
Aim Objectives :1. To enhance pupils interest in learning English.
2. To build pupils' confidence to participate in any competition.
General Objectives :
1. To increase pupils knowledge in 3 activities :
a. Public speaking.
b. Story telling.
c. Grammar quiz.
2. To improve 3 skills in learning English :
a. Listening.
b. Speaking
c. Reading
List of activities :
a. Story telling.
b. Public speaking.
c. Grammar quiz.
Organize by : English Panel SK Teluk Medan.
Monday, November 9, 2009
Program Praremaja SKTM 09
Program Praremaja merupakan salah satu daripada program tahunan yang bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid tahap 2 akan beberapa persoalan zaman remaja yang bakal mereka tempuhi. Antara pengisian program tersebut adalah ceramah yang bertajuk ' Pencegahan Barah Di peringkat Awal Remaja' yang disampaikan oleh Puan Hamadah bt. Salleh dari Avil Buety Bukit Mertajam. Di dalam ceramah tersebut beberapa penekanan yang diberikan adalah jenis-jenis barah, tanda-tanda penyakit barah, rawatan dan langkah pencegahan awal penyakit yang sering menghantui kaum wanita tersebut. Beliau juga turut menekankan aspek penjagaan kesihatan dan kebersihan diri yang perlu diambil perhatian oleh setiap wanita. Dalam masa yang sama, murid-murid lelaki tahap 2 turut menghadiri satu ceramah di surau SKTM bertajuk ' Beberapa Persoalan Remaja' yang disampaikan oleh Tn.Hj.Yazid b. Rumbali. Murid-murid lelaki didedahkan tentang tanda-tanda baligh dan beberapa persoalan remaja dan gejala sosial remaja masakini. Diharapkan Program Praremaja yang telah dilaksanakan akan memberi manafaat yang besar kepada murid-murid tahap 2 dalam menghadapi zaman remaja yang bakal mereka tempuhi.
Sunday, November 8, 2009
Thursday, November 5, 2009
KEMPEN KESELAMATAN SEKOLAH
SK TELUK MEDAN Jumaat 6 November.Satu ceramah tentang keselamatan diri, sekolah dan jalan raya telah diadakan bersempena dengan Kempen Keselamatan Sekolah. Ceramah tersebut disampaikan oleh Sarjan Abdul Samad bin Abdullah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian. Antara perkara yang ditekankan oleh beliau di dalam ceramahnya ialah berkaitan dengan keselamatan jalan raya dan ketika berada di sekolah dan di luar sekolah. Beliau juga memberi nasihat kepada murid-murid yang sering ponteng sekolah agar tidak menjadikan budaya ponteng sebagai budaya hidup kerana ianya akan merugikan diri sendiri. Di akhir ceramahnya, beliau turut memberi motivasi kepada murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang gemilang. Beliau turut mengucapkan terima kepada semua warga pendidik SKTM dan staff sekolah yang sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dalam usaha menangani gejala tidak sihat dalam masyarakat khususnya murid-murid SKTM....Terima kasih IPD Kerian.
Wednesday, November 4, 2009
KEM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2010
SKTM Rabu 4 November.Meskipun tahun 2010 belum menjelma dan keputusan peperiksaan UPSR 2009 belum diperolehi namun semangat dan iltizam warga pendidik juga calon UPSR 2010 sangat tinggi. Ketinggian semangat dan iltizam ini diterjemahkan oleh warga SKTM dengan bermula siri Kem Teknik Menjawab Soalan UPSR 2010 yang telah diadakan pada hari ini di dewan SKTM. Pada minggu hadapan warga SKTM akan berkampung lagi selama 3 hari bagi menyambung misi kecemerlangan UPSR 2010 dalam Kem Bestari UPSR 2010. Tahniah diucapkan kepada warga pendidik SKTM dan murid-murid tahun 5 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Semoga usaha kalian diberkati Allah....tahniah.
Tuesday, November 3, 2009
KESIBUKAN AKHIR TAHUN MULA DIRASAI...
PROGRAM MEMBACA 1 MALAYSIA
Selamat Menunaikan Fardhu Haji
SELASA 3 November 2009, satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat telah diadakan di surau SKTM bagi mendoakan keberangkatan Pn. Azizah bt Said.PK Kokurilum dan suami ke tanah suci bagi menunaikan fardhu haji. Majlis bacaan Yasin dan doa selamat diketuai oleh Tn.Hj.Ishak b. Napiah bermula jam 2.00 petang selepas solat zohor berjamaah...Seluruh warga SKTM mendoakan semoga PN.Azizah bt. Said dimudahkan oleh Allah bagi menunaikan fardhu haji, selamat pergi dan pulang serta memperoleh haji yang mabrur...Tahniah kerana dipilih menjadi tetamu Allah dan Selamat menunaikan fardhu haji.Monday, November 2, 2009
Sistem Operasi Windows Terbaru

TIDAK lama lagi pengguna komputer boleh menggunakan perisian Microsoft Windows terbaru menggantikan Windows Vista dan XP. Bagi meningkatkan lagi prestasi pemprosesan komputer, Microsoft melancarkan perisian terkini Window 7 minggu lepas.Ketua Pegawai Pemasaran Microsoft Asia Pasifik, Andrew Pickup berkata, sehingga kini pihak sedang berbincang mengenai tujuh perkara bagi memenuhi permintaan pengguna."Kami membina Windows 7 dengan rakan kongsi dan keyakinan mereka mengenainya. "Kami yakin perisian terbaru ini menggambarkan kerjasama erat antara kami dan pelanggan," katanya semasa majlis pra pelancaran Windows 7 di Kuala Lumpur baru-baru ini.Laporan IDC meramalkan Windows 7 akan mengambil alih 50 peratus sistem operasi seluruh dunia menjelang 2010 dan dijangka 177 juta unit akan berada di pasaran penghujung 2010.
SUMBER : Utusan Online
Subscribe to:
Posts (Atom)



































