Tuesday, January 26, 2010

TAHNIAH

Anda masih kenal ???....Inilah Ustazah Nik Nurul Azlina bekas warga SKTM yang kini berhijrah ke Selangor. Senyap-senyap dan menimang cahaya mata ke-2. Nik Nurul Safira kot namanya...kalau nak tahu lebih mendalam layarilah facebook Nik...apapun warga SKTM mengucapkan tahniah dan semoga ustazah seisi keluarga dalam peliharaan ALLAH.

Friday, January 22, 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

MIRI 21 Jan. - Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan nama 20 sekolah berprestasi tinggi (SBT), Sabtu ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah yang dipilih adalah antara 10,000 sekolah di negara ini yang telah menjalani penilaian pada tahun lalu. Menurutnya, pemilihan sekolah berkenaan dibuat berdasarkan prestasi dan pencapaian akademik serta kurikulum sekolah, hasil usaha dan kerjasama kepimpinan sekolah, pelajar serta ibu bapa. "Apabila sekolah ini telah terangkum sebagai sekolah terbaik, kita akan pastikan supaya mutunya tidak menurun. "Kita mahu tingkatkan supaya ia menjadi sekolah contoh kepada sekolah lain supaya mereka dapat berdiri sama tinggi dengan sekolah berprestasi tinggi itu," jelasnya. Beliau berucap merasmikan Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam yang menelan kos RM17 juta di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; kedua-dua timbalannya, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom. Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak salah faham berhubung pengumuman SBT. Muhyiddin menegaskan, sekolah berkenaan bukan sekolah istimewa atau sekolah elit yang akan menerima lebih peruntukan berbanding sekolah lain. "Mereka adalah sama, tetapi berdasarkan usaha yang dilakukan pengetua, guru besar, ibu bapa, pelajar dan guru serta bantuan kerajaan maka mereka dapat meningkat dari segi prestasi dan pencapaian dalam bidang akademik dan kurikulum," jelasnya.

Menurutnya, SBT merupakan satu daripada empat sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Kementerian Pelajaran iaitu menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti. Beliau menambah, mulai tahun depan, kementerian akan memberi ganjaran kepada pengetua atau guru besar serta semua guru di sekolah yang mencapai kemajuan cemerlang daripada aspek akademik dan kokurikulum. Tanpa menyebut bentuk ganjaran itu, beliau berkata, pemberian tersebut akan mengambil kira prestasi dicapai sekolah yang dinilai untuk tahun ini. Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau percaya bidang pendidikan tetap diberi perhatian dan mendapat peruntukan lebih besar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). "Kita harap dengan sokongan semua pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bidang pendidikan akan terus diberi perhatian serius dan saya harap perbelanjaan lebih besar akan disediakan," katanya.

- UTUSAN -

MEREALISASIKAN MISI DAN VISI

SKTM Jumaat 22 Januari 2010.
Bagi merealisasikan Misi dan Visi SKTM untuk terus gemilang dulu kini dan selamanya, Panitia Bahasa Melayu membuat persiapan awal dengan mengadakan Kursus Pemantapan Bahasa Melayu Penulisan. Kursus dikendalikan oleh Puan Norizan bt Tdalmizi, guru Bahasa Melayu tahun 6 yang juga merupakan jurulatih utama daerah Kerian. Dalam kursus tersebut guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu telah didedahkan tentang ciri-ciri karangan dan penulisan yang baik serta menepati dengan skema kertas penulisan Bahasa Melayu UPSR. Guru-guru Bahasa Melayu SKTM turut membuat beberapa ketetapan dan penyeragaman tentang teknik dan kaedah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu supaya mudah diterima serta difahami oleh murid-murid khususnya calon UPSR 2010. Tahniah diucapkan kepada Panitia Bahasa Melayu SKTM...

Tuesday, January 19, 2010

PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH

PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran akan menawarkan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab 'C' Perkara 36. Pegawai perlu membiayai sendiri segala perbelanjaan semasa pengajian termasuk Yuran Pengajian. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

Tawaran ini tidak termasuk PPPS yang berkhidmat dengan Jabatan / Bahagian di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Politeknik dan Kolej Komuniti.

Friday, January 15, 2010

TANDA KEBESARAN ALLAH

RENTETAN fenomena gerhana matahari apabila bulan mula melindungi matahari seperti dilihat di Colombo, Sri Lanka, hari ini. - Foto AFP

PM WANTS 30 PER CENT OF RMC INTAKE TO BE NON-MALAYS

PETALING JAYA, Jan 14 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak wants 30 per cent of intake into the Royal Military College (RMC) to be from non-Malays.

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the 30 per cent quota of non-Malays was meant to show that the RMC as a full-boarding school was open to all races in the country.

"Eventhough the new campus located in Sungai Besi will be ready in 24 months but this year when the Penilaian Menengah Rendah (PMR) is announced, intake into Form Four and Five will begin as directed by the Prime Minister," he said after presenting contributions at a 1Malaysia charity event organised by Vesta here today.

He said presently the number of non-Malay students in the college was less than five per cent.

He said based on the 1Malaysia concept as espoused by Najib he was confident the intake of non-Malays would increase to 50 per cent.

- Bernama -

Thursday, January 14, 2010

Datang dan Pergi



SKTM Khamis 14 Januari 2010
Satu majlis meraikan warga SKTM yang telah dan akan bertukar serta menyambut warga baru diadakan pada jam 1.30 tengahari di kantin sekolah. Warga SKTM yang bertukar ialah Puan Masyitah dan Puan Zarina bt. Bakar. Manakala warga baru SKTM ialah Encik Che Hussin, Puan Pearinbanayaki a/p Sivalingam ,Puan Norliza bt. Yahaya, Cik Nur Syazana bt. Mohd.Kamaruddin, Cik Maznah bt Mokhtar dan Encik Mark Armandus. Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi...

Wednesday, January 13, 2010

Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan

LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia. Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.

"Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar. "Makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar bandar," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan ucaptama di Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di sini hari ini. Seramai 73 Menteri Pelajaran dan juga pemimpin serta pegawai-pegawai pendidikan dunia menghadiri forum tersebut yang membincangkan mengenai pembelajaran dalam bidang ICT. Ia forum pendidikan terbesar di dunia yang memfokuskan pembangunan dan integrasi ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah. Forum ini memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, pegawai kanan kerajaan dan pihak berkaitan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman mengenai pengunaan ICT di negara masing-masing.

Tambah Muhyiddin, gabungan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan Malaysia telah memperlihatkan banyak kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam membentuk perkongsian pintar. Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai. "Pada masa sama, kita juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa teknologi itu hanyalah alat. "Interaksi di dalam kelas dengan murid-murid juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. Tiada teknologi yang boleh menggantikan guru," jelasnya. Katanya, cabaran lain adalah kos yang tinggi dalam melaksanakan ICT terutama ketika negara menghadapi krisis ekonomi. Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan mendapat kerjasama baik daripada komuniti sekitar dan sektor swasta dalam menjayakan program ICT di sekolah.

Muhyiddin turut menyentuh mengenai keperluan menjadikan pendidikan sebagai pertahanan paling utama negara bagi keselamatan ekonomi dan memberi jaminan kesihatan termasuk membantu dunia memerangi kebuluran. "Selain menjadikan forum ini sebagai medan perkongsian kemahiran mengenai teknologi, jadikan ia untuk menjalinkan kerjasama erat bagi keamanan dunia melalui komunikasi dan informasi teknologi yang lebih baik dalam ikatan persaudaraan pendidikan," katanya.

- Utusan -

Tuesday, January 12, 2010

KEHANGATANNYA MULA TERASA


SKTM 12 Januari 2010 - Kehangatan Kejohanan Olahraga 2010 mula terasa. Mulai semalam rumah-rumah sukan yang akan bertanding pada Kejohanan Olahraga 2010 mula giat menjalankan latihan serta memilih para atlit yang akan mewakili rumah sukan ke kejohanan tersebut. Latihan rumah-rumah sukan akan berterusan setiap hari Isnin hingga Khamis sehinggalah hari kejohanan pada 20 Februari 2010. Semoga Kejohanan Olahraga 2010 SKTM berjalan dengan lancar serta merealisasikan visi sekolah bagi melahirkan jaguh sukan ke peringkat nasional...Tahniah warga SKTM.

Saturday, January 9, 2010

JADUAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI UMUM 2010

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI


Penghijrahan dua warga pendidik SKTM bagi sesi 2010 telah diganti oleh dua warga baru guru Bahasa Inggeris iaitu Puan Pearinbanayaki a/p Sivalingam dan Puan Norliza bt. Yahaya. Kedua-dua mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan. Semoga gandingan lama dan baharu akan merealisasikan misi dan visi sekolah. Selamat menjadi warga SKTM dan selamat bertugas...

Thursday, January 7, 2010

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431

Ustaz Ishak mempengerusikan majlis sambutan Maal Hijrah 1431

Bacaan ayat al-Quran diperdengarkan oleh adik Anis Mardhiah

Ceramah oleh al-Fadhil Ustaz Yusof


Murid-murid mendengar ceramah dengan khusyuk.

Jumaat 8 Januari bertempat di kantin SKTM berlangsung majlis sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah.Aacara yang dirancang diadakan di Dataran Kejat terpaksa di ubah ke kantin kerana hujan yang turun awal pagi. Majlis sambutan dimulakan dengan menjemput adik Hanis Mardhiah membacakankan surah al-Ghasiyah. Acara sambutan diteruskan dengan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Yusof Shoeb, guru pendidikan Islam SKTM. beliau memberi nasihat dan ilmu yang sangat berguna buat murid-murid SKTM.

UJIAN TAHUN 1

PUTRAJAYA, 7 Jan - Kementerian Pelajaran akan mengadakan ujian dalam tempoh dua bulan ini kepada murid Tahun Satu bagi mengenal pasti tahap kemahiran mereka dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata melalui pendekatan 3M itu, yang akan ditingkatkan dengan pengenalan program Literasi dan Numerasi (Linus), pihaknya dapat mengetahui tahap setiap pelajar sebelum ditempatkan di kelas masing-masing. Beliau berkata kelas-kelas pemulihan akan diberikan kepada murid-murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M selepas siri ujian itu dilakukan. "Kita akan mengambil inisiatif secara menyeluruh. Semua murid yang masuk Tahun Satu, kita kena pantau dalam tempoh beberapa bulan, kita akan buat ujian. "Jika terdapat pelajar yang tidak berapa sempurna penglihatan atau pendengaran sehingga sukar untuk kuasai 3M, kita akan adakan program khusus kerana matlamat kita, selepas tiga tahun bersekolah semua murid dapat menguasai 3M," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Khamis. Terdahulu semasa berucap, Muhyiddin berkata pengenalan program Linus pada peringkat sekolah rendah akan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M.

Katanya kadar literasi dalam kalangan murid sekolah rendah pada masa ini adalah 87 peratus dan peningkatan sebanyak tiga peratus disasarkan pada tahun ini. Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian penilaian ke atas sistem pendidikan negara pada tahun hadapan dengan kerjasama Petubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi memastikan sistem pendidikan negara terus relevan dan berdaya saing.

Langkah itu, katanya bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk menambah baik sistem pengurusan pendidikan, kurikulum, latihan perguruan, proses pengajaran dan pembelajaran serta aspek-aspek lain secara keseluruhannya. "Kajian tersebut mungkin mengambil masa antara enam bulan hingga setahun," katanya.

Sumber BERNAMA

PERANAN PUSAT SUMBER


Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat untuk membina masyarakat berilmu .

1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar

2. Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran .

3. Meningkatkan profesionalisme guru

4. Mengumpul , menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat

5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran

6. Menyediakan perisisan pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
  • Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan
  • Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah
  • Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun
Matlamat

Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Objektif

1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)

2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.



Tuesday, January 5, 2010

PERHIMPUNAN KHAS HARI KEDUA

NASA's Kepler space telescope finds 5 new planets

WASHINGTON (AFP) - – NASA's Kepler space telescope has discovered five new planets beyond the solar system, the US space agency said, just 10 months after Kepler launched into space to find Earth-like planets.

The discovery of the five planets "contributes to our understanding of how planetary systems form and evolve from the gas and dust disks that give rise to both the stars and their planets," NASA's William Borucki, principal science investigator for the Kepler mission, said in a statement. But all five exoplanets are "too hot for life as we know it," NASA said.

The newly discovered planets are known as "hot Jupiters" because of their large masses and extreme temperatures, which range from 2,200 to 3,000 degrees Fahrenheit (1,204 - 1649 degrees Celsius) -- hotter than molten lava. Their orbits last between three and five days, meaning they follow paths close to their stars, which are hotter and larger than the Earth's sun, NASA said.

The smallest of the newly discovered planets is roughly the size of Neptune, the fourth largest planet in Earth's solar system, and the biggest is around the size of Jupiter, the largest planet in our solar system. One of the planets, which have been given the unimaginative names of Kepler 4b, 5b, 6b, 7b and 8b, is similar in many ways to Neptune, although its irradiation level is much higher.

Another planet is one of the least dense ever discovered, and along with the other three, confirms the existence of planets with densities substantially lower than those predicted for gas giant planets. The five exoplanets were among discoveries made by the Kepler space telescope in the first six weeks after it became operational in May last year.

Borucki presented the early discoveries and other findings at a meeting of the American Astronomical Society in Washington on Monday. Kepler looks for the signatures of planets by measuring dips in a star's brightness which are caused by planets crossing in front of them and periodically blocking out part of the starlight. The size of the planet can be derived from the size of the dip in brightness while the temperature can be estimated from the characteristics of the star it orbits and the planet's orbital period.

Kepler is NASA's first mission in search of Earth-like planets orbiting suns similar to ours. It launched in March last year, equipped with the largest camera ever sent into space -- a 95-megapixel array of charge-coupled devices -- and is expected to continue sending information back to Earth until at least November 2012. It is searching for planets as small as Earth, including those orbiting stars in a warm, habitable zone where liquid water could exist on the surface of the planet. "The Kepler observations will tell us whether there are many stars with planets that could harbor life or whether we might be alone in our galaxy," said Borucki.

Because planets in the habitable zone of sun-like stars only pass in front of their star about once a year, and three transits are required before a "discovery" can be confirmed, finding an Earth-size planet is expected to take at least three years, NASA said. Jon Morse, head of the astrophysics division at NASA headquarters in Washington, said scientists had expected that Kepler would find massive planets in short orbits before it found smaller, earth-like planets. But, he added, it was "only a matter of time before more Kepler observations lead to smaller planets with longer period orbits, coming closer and closer to the discovery of the first Earth-analog."

Kepler has already pleasantly surprised scientists by sending back images of a "hot Jupiter" 1,000 light years (around 5.9 quadrillion miles, 9.5 quadrillion kilometers) from Earth that it took when it was still in calibration mode, just 10 days after it launched.

Monday, January 4, 2010

SESI PERSEKOLAHAN 2010 BERMULA



SKTM Isnin 04.01.2010
Hujan renyai-renyai di awal pagi menyambut kehadiran anak-anak SKTM bagi memulakan sesi persekolahan 2010. Perhimpunan mingguan pertama terpaksa dibatalkan namun masa tersebut tidak dipersiakan oleh guru-guru. Taklimat awal sesi persekolahan dijalankan secara berasingan di kelas masing-masing oleh guru kelas. Pengajaran dan pembelajaran bermula mengikut jadual yang telah direncanakan. Murid-murid Tahun 1 yang rata-ratanya telah menerima pendidikan awal prasekolah kelihatan tidak kekok memulakan sesi pembelajaran. Semoga sesi persekolahan 2010 yang bermula hari ini akan lebih bermakna kepada seluruh warga SKTM juga ibu-bapa murid.

Sunday, January 3, 2010

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP