Program Anti Dadah 2010 dimulakan dengan acara pertandingan mewarna bertajuk " 1 Malaysia Membenteras Dadah '. Pertandingan tersebut peringkat sekolah telah disertai oleh lebih 200 orang murid-murid tahap 2. Pertandingan yang bermula pada pukul 4.00 petang itu diakhiri dengan ikrar membenteras dadah oleh para peserta.
Wednesday, March 31, 2010
1 MALAYSIA MEMBENTERAS DADAH
Program Anti Dadah 2010 dimulakan dengan acara pertandingan mewarna bertajuk " 1 Malaysia Membenteras Dadah '. Pertandingan tersebut peringkat sekolah telah disertai oleh lebih 200 orang murid-murid tahap 2. Pertandingan yang bermula pada pukul 4.00 petang itu diakhiri dengan ikrar membenteras dadah oleh para peserta.
Thursday, March 25, 2010
PENUTUP MSSD SR KERIAN 2010
Majlis Penutup Kejohanan Olahraga MSSD SR Kerian 2010 berlangsung pada jam 4.30 petang. Majlis penutupan rasmi kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Tn.Hj. Abd. Wahid bin Ramli, Penolong PPD Pengurusan Akademik-Teknik dan Vokasional yang mewakili Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian. Upacara perasmian penutup kejohanan tersebut diakhiri dengan acara menurunkan bendera kejohanan dan penyerahannya kepada pengerusi pengelola kejohanan tersebut bagi tahun 2011 iaitu Guru Besar SK Bagan Serai, Pn.Hjh.Faridah bt. Shaharah. Pada kejohanan tersebut, beberapa orang athlit telah dicanang sebagai ' Jaguh Sukan MSSD SR Kerian 2010 ' iaitu :
1. Olahragawan 11 Tahun : Mohamad Syafiq b. Azshar - SK Tanjong Piandang.
2. Olahragawati 11 Tahun : Noor Hazwani bt. Abd.Haris - SK Tanjong Piandang.
3. Olahragawan 12 Tahun : Ahmad Fathi Rabbani b. Hafiz - SK Dato' Allauddin.
4. Olahragawati 12 Tahun : Juraini bt. Mohamad Rodzi - SK Tanjong Piandang.
Sementara itu SK Tanjong Piandang telah dipilih sebagai kontinjen terbaik Kejohanan Olahraga MSSD SR Kerian 2010 setelah berjaya memungut 8 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Tempat ke dua adalah SK Baru Parit Buntar dengan pungutan 2 pingat emas manakala SK Parit Hj. Aman menduduki tempat ketiga ( 1 emas 3 perak 2 gangsa ). Syabas diucapkan kepada peserta yang berjaya dan jangan putus asa bagi yang kurang berjaya.
KEPUTUSAN PENUH MSSD SR KERIAN
Tuesday, March 23, 2010
MSSD KERIAN 2010

Hari ke-dua Kejohanan Olahraga MSSD Sekolah Rendah Kerian Tahun 2010 menyaksikan persaingan terus hebat di antara 69 buah sekolah yang mengambil bahagian. Kejohanan Olahraga MSSD Kerian telah bermula semalam 23 Mac 2010 dengan perasmiannya disempurnakan oleh Encik Ahmad Fisal bin Hj.Shafeei, Timbalan PPD Hal Ehwal Murid yang mewakili Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian. Kejohanan Olahraga MSSD Kerian 2010 akan berlangsung selama tiga hari mulai 23 Mac 2010 hingga 25 Mac 2010 dengan SK Teluk Medan sebagai tuan rumah bagi tahun 2010.
Monday, March 22, 2010
Pendekatan modular bagi kedua-dua bahasa ini akan memberi fokus dan menitikberatkan penguasaan literasi asas kemahiran bahasa dalam kalangan murid. Kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia baru-baru ini memberitahu, pendekatan modular mengambil kira kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu, seimbang dan holistik. Setiap komponen dalam kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis mempunyai modulnya yang tersendiri, serta disokong dengan modul tatabahasa dan modul seni bahasa.
''Seperkara lagi yang diberi penekanan untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa Inggeris adalah dengan memberi tumpuan kepada prinsip asas bahasa (back to basic)," ujar kenyataan tersebut. Asas bahasa yang kukuh merupakan elemen terpenting bagi pembelajaran yang berkesan. Kurikulum kedua-dua bahasa tersebut akan menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas bahasa. Sebagai contoh, bagi pengukuhan penguasaan asas bahasa Inggeris akan dilakukan dengan memberi penekanan kepada phonics.
Pengenalan sistem bunyi yang dilakukan secara berstruktur dan sistematik melalui phonics berupaya memantapkan penguasaan asas bahasa murid. Di samping perkara yang disebut tadi, pendekatan didik hibur dan menghargai bahasa akan diberi perhatian dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, pengajaran dan pembelajaran melalui modul seni bahasa akan memberi tumpuan dan penekanan kepada pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif dan berkesan yang boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti berbahasa seperti nyanyian, berlakon, berpuisi, pengucapan awam, jazz chants, choral speaking, drama dan muzik. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini membolehkan murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan, selesa dan tiada tekanan.
SUMBER : Utusan On-lineMTQ SKTM TERUS MENGORAK LANGKAH
Saturday, March 13, 2010
SKTM JOHAN KESELURUHAN MTQ ZON
Friday, March 12, 2010
MESYUARAT AGUNG PIBG 2010
Thursday, March 11, 2010
LAWATAN TIMBALAN PENGARAH
Buat julung kalinya SKTM dikunjungi oleh Tn.Hj.Muhammad b. Hj.Taib, Timbalan Pengarah Pengurus Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia. Sempena lawatan tersebut, beliau melahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya guru-guru Pendidikan Islam yang bertungkus-lumus mendidik anak-anak di SK Teluk Medan sehingga kadar buta al-Quran dan jawi menurun setiap tahun dan kini mencapai pada tahap yang boleh dibanggakan. Beliau juga mengharapkan agar usaha murni tersebut terus ditingkatkan dan yakin dengan kerjasama semua pihak, matlamat Falsafah Pendidikan Negara tidak sukar untuk direalisasikan. Turut sama hadir pada perjumpaan tersebut ialah Tn.Hj. Ahmad Lufti bin Ismail, Pengerusi J-QAF JPN Perak; Tn. Hj. Abdul Rahman bin Hamid, Penyelia Kanan Pendidikan PPD Kerian; dan Encik Hasbullah bin Hj.Ahmad, Pegawai Khas Pendidikan Islam PPD Kerian. Pada pertemuan tersebut, guru besar SKTM Encik Shoyef bin Tuliman menyatakan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Muhammad bin Hj. Taib yang sudi mengunjungi SKTM serta memberikan beberapa input berkaitan dan motivasi kepada pihak sekolah khususnya guru-guru Pendidikan Islam.
MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH
Bertemakan ' Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah ' majlis sambutan Maulidurrasul S.A.W peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini Jumaat 12 Mac. Majlis sambutan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKTM, Encik Shoyef bin Tukiman. Majlis sambutan Maulidurrasul S.A.W peringkat sekolah dimulakan dengan perarakan murid-murid sekolah mengelilingi kawasan sekolah. Sepanjang perarakan tersebut, murid-murid SKTM berselawat beramai-ramai sambil membawa sepanduk yang tertulis kata-kata pujian terhadap Rasulullah SAW. Pada majlis sambutan tersebut juga, murid-murid berpeluang mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Yusof bin Shuib, guru Pendidikan Islam SK Teluk Medan. Semoga sambutan Maulidurrasul ini akan menanamkan kecintaan yang mendalam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sunnah baginda.
SKTM TERUS GEMILANG.
SKTM 11 Mac 2010 terus menempa nama di pertandingan bowling MSSD Kerian 2010. Seorang pelajar SK Teluk Medan Fatin Zafirah Hanis bt. Zainol Abidin telah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut sekaligus akan mewakili daerah Kerian ke pertandingan peringkat negeri Perak. Sementara itu pasukan bola baling SKTM juga hanya mampu mendapat tempat ke-4 pada pertandingan peringkat kelompok 2 Kerian. Tahniah diucapkan semoga terus gemilang.Wednesday, March 10, 2010
Pemberian insentif galak guru bekerja keras - NUTP
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, pengumuman tersebut adalah inisiatif yang akan membakar semangat kepada guru untuk terus bekerja keras. "Ini adalah sesuatu yang menarik, saya cukup bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri yang mahukan kecemerlangan dalam bidang pendidikan terus dilakukan oleh guru-guru. "Sebelum ini hanya pengetua atau guru besar yang dapat insentif daripada kejayaan yang dihasilkan oleh sekolah, jadi ini tidak sepatutnya kerana kejayaan datangnya daripada kesungguhan guru yang ditugaskan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan untuk memberi insentif termasuk kenaikan pangkat kepada guru yang terlibat meningkatkan pencapaian sekolah. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru. Menurut Muhyiddin, maklumat berhubung pelaksanaan insentif baru itu akan diperincikan menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah yang akan diumumkan pada 16 Mei ini.
Sementara itu tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula berkata, pemberian insentif ini kena pada tempatnya kepada guru-guru yang bekerja keras. "Ini adalah pengiktirafan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang tidak henti-henti mahukan kejayaan daripada anak didiknya, pengiktirafan ini perlu diberikan kepada golongan guru-guru tersebut. "Dengan adanya insentif tersebut, kejayaan yang direncanakan oleh guru-guru terbabit akan dianggap satu kejayaan yang begitu besar dan paling bermakna," ujarnya.
Bagi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Dr. Mohd. Ali Hassan pula, pihaknya begitu menyokong dengan pengiktirafan yang telah dicadangkan itu. "Sebenarnya guru-guru lain juga memberi kesungguhan mereka terhadap sesuatu kejayaan yang telah dikecapi, tidak adil bagi saya jika hanya pengetua atau guru besar yang dapat pengiktirafan. "Tanpa kerjasama guru-guru, kejayaan mungkin tidak akan dikecapi oleh pihak sekolah," katanya.
SUMBER : Utusan Malaysia Online

































