Tuesday, September 28, 2010

UNIK SKTM

Kembar 3 : Prasekolah
Kembar : Tahun 2
Kembar : Tahun 1

JAMUAN AIDILFITRI 2010


SKTM Rabu 29.09.2010.
Majlis Jamuan Aidilfitri disambut meriah oleh seluruh warga SKTM. Murid-murid membawa beraneka kuih-muih pada jamuan tersebut. Guru-guru dan kakitangan turut menyediakan pelbagai juadah pada majlis jamuan tersebut. Majlis Jamuan Aidilfitri turut dihadiri oleh AJK Persatuan Ibu-bapa Guru SKTM. Semoga majlis sebegini akan merapatkan lagi hubungan silatul rahim antara warga guru SKTM dengan masyarakat. Tahniah diucapkan...
( lagi gambar.... )

Monday, September 27, 2010

PELANCARAN BROSUR SKTM 2010


Sempena lawatan Tuan Pengarah Pelajaran Perak ke daerah Kerian.
SKTM melancarkan Brosur SKTM 2010
muat turun 1
muat turun 2

Sunday, September 26, 2010

CERAMAH KESELAMATAN

SKTM Isnin 27.09.2010.
Satu ceramah keselamatan telah diadakan sebagai pengisian perhimpunan mingguan. Ceramah yang bertajuk " Jenayah Seksual " disampaikan oleh Sarjan Abd.Samad bin Abdullah, Pegawai Perhubungan Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Kerian. Di dalam ceramahnya, beliau memberikan beberapa contoh kejadian sebenar berlakunya jenayah seksual. Beliau juga turut memberikan beberapa langkah yang perlu diambil perhatian oleh murid-murid bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa jenayah tersebut. Warga SKTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sarjan Abd.Samad bin Abdullah kerana ceramah yang disampaikan.

Saturday, September 25, 2010

Cameron Highland 2010



Cameron Highland 25 September 2010.
Seramai 44 orang warga SKTM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland. Mereka bertolak pada jam 5.00 pagi dan tiba di Cameron Highland pada tengah harinya. Jadual lawatan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah mereka selamat sampai pada jam 10.00 malam. Tahniah diucapkan kepada para peserta rombongan....klik untuk gambar-gambar lagi.

Thursday, September 23, 2010

LAUNGAN MEDEKA



SKTM Khamis 23 September 2010.
Laungan " merdeka ! merdeka ! merdeka " kedengaran di SKTM meskipun 31 Ogos telah sebulan berlalu. Begitulah kegembiraan yang dizahirkan oleh murid-murid tahun 6 setelah menamatkan peperiksaan UPSR hari ini pada jam 1.00 tengah hari. Warga SKTM mengucapkan syabas kepada murid-murid tahun 6 kerana dapat menjalani peperiksaan UPSR 2010. Namun diingatkan bahawa perjuangan anda belum tamat...

Monday, September 20, 2010

UPSR 2010

Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat menjalani peperiksaan UPSR kepada murid-murid tahun 6. Kami juga mendoakan semoga calon-calon UPSR akan dimudahkan Allah untuk menjawabkan soalan UPSR 2010.

Sunday, September 19, 2010

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN KE-53


SKTM Isnin 20 September 2010.
Perhimpunan mingguan diisi dengan majlis penutupan Bulan Kemerdekaan Ke-53 peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena kemerdekaan ke-53 oleh Pn. Hidayat, PK Kokurikulum. Pada perhimpunan tersebut juga para pemenang pelbagai pertandingan sempena bulan kemerdekaan ke-53 seperti melukis poster, mewarna, deklamasi dan mencipta sajak kemerdekaan dan keceriaan kelas menerima hadiah daripada pihak sekolah. Kelas 2B1 dan 5B1 telah dicanang sebagai johan keceriaan kelas sempena sambutan kemerdekaan ke-53. Tahniah diucapkan.

Thursday, September 16, 2010

Kehangatan Aidilfitri

SKTM Jumaat 17 September 2010.
Suasana Aidilfitri masih terasa. Kelas 2B1 di bawah En.Syamsul Amin mengadakan jamuan Aidilfitri hari ini mendahului kelas-kelas lain. Ramai guru-guru dan kakitangan yang hadir. Tahniah diucapkan kepada warga 2B1.

MOHON KEBERKATAN UPSR 2010



SKTM Khamis 16 September 2010.
Majlis tahlil, bacaan Yasin dan solat hajat diadakan bagi anak-anak didik SKTM yang akan menghadapi UPSR pada minggu hadapan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG, Tn.Hj.Darham b. Bakri dan Encik Shoyef b. Tukiman, Guru Besar SKTM. Majlis tahlil dan bacaan Yasin dipimpin oleh Tn.Hj. Ishak b. Napiah. Manakala solat hajat diimamkan oleh Tn.Hj.Yazid b. Rumbali. Majlis tersebut disertai oleh ibu-bapa murid tahun 6, AJK PIBG, guru-guru dan murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Seluruh warga SKTM dan ibu-bapa mendoakan agar calon UPSR 2010 akan dimudahkan oleh Allah SWT untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan beroleh keputusan yang cemerlang. InsyaAllah...( lihat foto )

Sunday, September 5, 2010

TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA PENGARAH PELAJARAN NEGERI PERAK


Seluruh warga SK Teluk Medan turut mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Tuan Mohd Rauhi b. Mohd Isa,PMP,KMN,AMP,PPT sebagai Pengarah Pelajaran Perak Darul Ridzuan.

SALAM AIDILFITRI 1431


Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin di mana saja berada. Semoga Aidilfitri menjana ketaqwaan kepada Allah. Maaf zahir batin.

Friday, September 3, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN PERDANA UPSR KERIAN 2010



Bagan Serai Jumaat 24 Ramadhan 1431.
Majlis Bacaan Yasin Perdana Kecemerlangan UPSR Daerah Kerian 2010 telah diadakan di Masjid Jamek Bagan Serai mulai jam 2.30 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP Majlis Guru Besar, Encik Ghazali bin Kassim. Ucapan diteruskan oleh Tn.Hj. Mohd Rosli bin Ahmad, Timbalan PPD Kerian yang mewakili Tuan PPD Kerian. Majlis Bacaan Yasin Perdana Kecemerlangan UPSR Daerah Kerian 2010 dipimpin oleh Tn.Hj.Abu Bakar bin Samsuri, Imam 1 Masjid Jamek Bagan Serai. Para jemaah yang hadir turut mengadakan solat hajat sebelum memulakan bacaan Yasin. Majlis Bacaan Yasin Perdana Kecemerlangan UPSR Daerah Kerian 2010 disertai oleh pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, pengetua-pengetua, guru-guru besar, penolong kanan, ibu-bapa calon UPSR dan sebahagian daripada calon-calon UPSR 2010.

Thursday, September 2, 2010

PENUTUPAN EHYA RAMADHAN 1431



SKTM Jumaat 3 September 2010.
Majlis Penutupan Program Ehya Ramadhan 1431/2010 dimulakan dengan bacaan Yasin yang melibatkan seluruh warga SKTM. Acara diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Yusoff Shuib, guru Pendidikan Islam SKTM. Beliau menyampaikan tentang persiapan menyambut aidilfitri dan garis panduan menyambut aidilfitri menurut syarak. Majlis penutupan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pada pertandingan yang diadakan sepanjang program dan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin. Majlis Penutupan Program Ehya Ramadhan 1431/2010 diakhiri dengan bermaaf-maafan di antara murid-murid dengan guru-guru SKTM. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Selamat bercuti...

Wednesday, September 1, 2010

BACAAN PAGI RAMADHAN


SKTM 2 September 2010.
Program Bacaan Pagi yang berlangsung setiap hari 10 minit sebelum kelas bermula diisi dengan bacaan surah Yasin sempena Ramadhan al-mubarak. Namun begitu ianya hanya berlansung selama 2 hari sahaja mulai hari ini dan berakhir esok 3 September 2010. Program ini diharapkan akan memberi peluang kepada murid-murid untuk melancarkan bacaan Yasin di samping memohon keberkatan daripada Allah SWT.