Thursday, February 25, 2010

TERUS GEMILANG


SMK Abu Bakar Al-baqir 25 Februari 2010.
Atlit lelaki SK Teluk Medan terus mengekalkan gelaran sebagai ' Jaguh Sukan ' apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara 4X100 sekolah rendah jemputan pada Kejohanan Olahraga SMK Abu Bakar Al-baqir. Tahniah diucapkan kepada para atlit. Semoga terus gemilang.

Thursday, February 18, 2010

JAGUH SUKAN 2010


KEJOHAN OLAHRAGA SKTM 2010




SKTM 18 Februari.
Temasya Kejohanan Olahraga SKTM kali ke-10 telah berlangsung dengan lancarnya. Kejohanan olahraga yang bermula mulai jam 2.30 petang telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn.Hj. Md.Ali b. Hj.Shaari, Penolong PPD Sekolah Rendah. Turut hadir memeriahkan temasya tersebut ialah Dato' Zaili b. Cha, guru besar-guru besar SR kelompok 2 Kerian, JK PIBG, ibu-bapa murid SKTM, bekas murid SKTM dan penduduk kampung SKTM. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen rumah-rumah sukan dan unit beruniform. Pada temasya tersebut Salahuddin bin Mohd. Yussof daripada Rumah Kuning telah dipilih sebagai olahragawan SKTM 2010 manakal a Noradlina bt. Mahyuddin daripada Rumah Merah telah dipilih sebagai olahragawati SKTM 2010. Temasya Kejohanan Olahraga SKTM Kali ke-10 tamat pada jam 5.30 petang dengan Rumah Kuning muncul sebagai ' Jaguh Sukan ' bagi tahun 2010.

Sunday, February 14, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ustazah Raenah ( Acu ) yang melangsungkan perkahwinannya pada hari ini Ahad 14 Februari. Semoga kekal bahagia dalam peliharaan Allah sehingga ke akhir hayat. Amin

Wednesday, February 10, 2010

Praolahraga SKTM 2010


Sukantara praolahraga 2010 SKTM telahpun bermula mulai semalam 9 Februari 2010. Kehangatan kejohanan olahraga SKTM 2010 akan berterusan sehinggalah hari kejohanan berlangsung pada Khamis 18 Februari 2010. Selamat maju jaya kepada semua warga SKTM...seluruh warga SKTM menjemput para pengunjung blog untuk ke Kejohanan Olahraga SKTM 2010. Semoga kehadiran anda semua akan menambahmeriahkan lagi acara gilang gemilang tersebut.

TAHNIAH ATLIT SKTM




Pada minggu lepas kontijen 4X100 SKTM telah dijemput untuk menyertai kejohanan olehraga di dua buah sekolah dalam kelompok 2 Kerian. Pada Kejohanan Olahraga SK Parit Hj.Aman, kontijen SKTM telah merangkul pingat emas dalam pertandingan 4X100 antara sekolah rendah jemputan. Manakala pada kejohanan olahraga di SK Dato' Mas'ud, kontijen SKTM hanya mampu membawa pulang pingat perak sahaja....dah letih agaknya. Apapun tahniah dan selamat maju jaya untuk semua para atlit SKTM.

Tuesday, February 2, 2010

SARINGAN 1 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI

PELAKSANAAN SARINGAN 1 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) BAGI MURID TAHUN 1 2010

Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat KP(TKPP-SOP)801/001/10(51) bertarikh 27 Januari 2010.

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah merupakan 'ownership' kepada pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS). Untuk makluman tuan, program ini dilaksanakan di semua sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sehubungan dengan itu, disertakan bahan-bahan untuk dimuat turun seperti senarai pautan di bawah sebagai panduan untuk melaksanakan program tersebut di atas. Sebagai langkah penjimatan, tuan-tuan tidak dibekalkan dengan CD seperti yang telah dinyatakan dalam surat tersebut. Tuan-tuan dikehendaki muat turun bahan-bahan tersebut.
Kerjasama tuan dipohon untuk memaklumkan kepada guru-guru yang terlibat dalam Saringan 1 ini membaca manual dan memahaminya terlebih dahulu sebelum melaksanakan program tersebut.
Taklimat lanjutan akan diadakan dalam masa terdekat ini. Sila bawa bersama bahan-bahan ini semasa menghadiri taklimat (jika ada).

Pegawai untuk di hubungi:

1. En Ahmad Faidzul b Mat Yazid - Penolong PPD Kurikulum(Bahasa)
2. En Mazlani b Abdul Muhaini - Penolong PPD Kurikulum(Matematik dan Sains)
3. Pn Rozaimah bt Mohamed - Pegawai Khas Pendidikan Khas


KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP