Sunday, April 25, 2010

TAHNIAH PESERTA MTQ DAERAH KERIAN

SKTM terus menempa nama apabila peserta lelaki ketogori hafazan lelaki sekolah rendah, Muhammad Hazim telah menjadi naib johan pada Majlis Tilawah Al-quran peringkat negeri Perak yang telah berlangsung pada minggu lalu di Teluk Intan. Selain daripada Muhammad Hazim, beberapa orang peserta dari daerah Kerian turut meraih kejayaan yang cemerlang pada majlis tersebut. Antaranya ialah peserta pertandingan syarahan perempuan yang telah mendapat tempat pertama yang juga merupakan bekas murid SKTM yang kini belajar di tingkatan 4 SMK Abu Bakar Al-baqir. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan juru latih MTQ daerah Kerian.

Wednesday, April 21, 2010

PERTANDINGAN MENYEDIAKAN HIDANGAN



Antara objektif aktiviti kokurikulum diadakan adalah sebagai persediaan kepada murid-murid untuk menghadapi masa depan selepas alam persekolahan. Satu pertandingan menyediakan sandwich dan hidangan telah diadakan pada 21.04.2010 sebagai mengisi aktiviti kokurikulum mingguan. Sebelum itu murid-murid terlebih dahalu diajar untuk menyediakan hidangan tersebut oleh Pn.Haslila bt. Aminuddin, guru penyelaras Puteri Islam.

Tuesday, April 20, 2010

AHLAN WA SAHLAN

SKTM menerima warga baharu lagi. Cik Nor Sabra Syakila bt. Mohd.Yusoff guru Bahasa Inggeris merupakan anak kelahiran Kedah Darul Aman pernah bertugas di sebuah sekolah di Sampoerna, Sabah. Semoga gandingan lama dan baharu akan merealisasikan kegemilangan SKTM. Ahlan Wa Sahlan dan selamat bertugas.

Monday, April 19, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2010


11.00 malam 17 April mencalit kenangan manis dalam catatan sejarah hidup sebahagian besar peserta rombongan lawatan sambil belajar SKTM kali pertama 2010. Rata-rata daripada mereka menyatakan inilah kali pertama mereka menaiki keretapi ke Kuala Lumpur dan kali pertama juga menjejakkan kaki ke tanah kelahiran lagenda Melayu Hang Tuah. Lawatan yang diadakan selama 2 hari 3 malam tersebut dianjurkan oleh Jawatan kuasa lawatan dengan kejasama Unit Bimbingan SKTM. Sepanjang lawatan tersebut, murid-murid berpeluang melawat kota bersejarah tersebut serta bermalam di salah sebuah hotel di sana. Alhamdulillah sesi lawatan tersebut berjalan mengikut jadual yang dirancang dan tiada sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Tuesday, April 6, 2010

KEM SOLAT BESTARI 2010




SKTM 6 April 2010.
Kem Solat Bestari merupakan program tahunan Panitia Pendidikan Islam dan JQAF SKTM. Mulai minggu lalu, program tersebut mula diadakan setiap hari mengikut giliran kelas bermula jam 1.00 tengahari hingga jam 4 petang. Pada program tersebut, murid-murid diajar tentang kafiat dan bacaan-bacaan di dalam sembahyang serta amali solat. Selain daripada perkara asas fardhu ain, murid-murid juga diajar dan didedahkan berkaitan fardhu kifayah sebagai bekalan apabila berhadapan dengan masyarakat suatu masa nanti. Pada hari ini murid-murid tahun 5 dan 6 diajar dan didedahkan tentang kafiat solat jenazah. Rata-rata murid berasa gembira kerana inilah pertama kali mereka didedahkan tentang perkara-perkara berkaitan solat jenazah. Tahniah warga SKTM.

MOTIVASI UPSR 2010

SKTM 6 April 2010.
Program Kecemerlangan UPSR 2010 diteruskan lagi. Hari ini satu kem motivasi kecemerlangan telah berlangsung disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hanif berjudul " Kecemerlangan Pengurusan Masa Cemerlang ". Program motivasi yang berlangsung selama dua jam itu dihadiri oleh murid-murid dan guru-guru tahun 6 2010.

Friday, April 2, 2010

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PAKAIAN DAN BEG SEKOLAH


SKTM Jumaat 2 April 2010.
Kehadiran YB Datuk Dr.Abd. Rahman bin Hasyim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ke SK Teluk Medan buat kali ke-dua dalam tempoh lima tahun lebih bermakna bagi warga SKTM. Beliau berkenan untukmenyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah kepada lebih 200 orang murid SK Teluk Medan. Majlis tersebut yang bermula mulai jam 3.00 petang dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn.Hj.Khairuddin b Nawawi diikuti oleh bacaan ayat al-Quran oleh Muhammad Hazim johan hafazan al-Quran daerah Kerian 2010. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Encik Shoyef bin Tukiman, Guru Besar SK Teluk Medan. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk yang sudi melapangkan masa untuk hadir menyempurnakan majlis tersebut. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yayasan Perak Darul Ridzuan yang telah bermurah hati memberikan sumbangan kepada lebih 200 anak-didik SK Teluk Medan.
Dalam ucapan YB Datuk Dr. Abdul Rahman, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga SKTM kerana peningkatan sekolah di dalam pelbagai bidang terutamanya bidang akademik. Menurut beliau, ilmu merupakan aset yang paling penting kepada anak-anak. Lantaran itu pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan YB Menteri Besar Perak amat mengambil perhatian di bidang pelajaran. Beliau juga mengharapkan kerjasama daripada ibu-bapa dan semua pihak bagi menjaya dan mencapai misi pendidikan negara sekaligus melahirkan generasi masa depan yang berwawasan. Dalam ucapannya juga, beliau turut memberikan motivasi kepada murid-murid yang hadir agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita diri, ibu-bapa, masyarakat dan negara. Lebih bermakna kepada warga SK Teluk Medan apabila YB Datuk mengumumkan pemilihan SK Teluk Medan sebagai ' Sekolah Angkat ' Yayasan Perak Darul Ridzuan. Pengumuman itu disambut dengan tepukan yang gemuruh daripada murid-murid dan ibu-bapa yang hadir. YB Datuk kemudiannya menyampaikan sumbangan pakaian seragam dan beg sekolah kepada lebih 200 orang anak didik SKTM. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Encik Sham bin Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu; Tn.Hj. Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian; Encik Jamil bin Mat Kasa, Pengurus Besar Yayasan Perak; Wakil PPD Kerian dan pimpinan masyarakat tempatan. Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah oleh Yayasan Perak Darul Ridzuan berakhir pada jam 5.00 petang.

Thursday, April 1, 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2010

SKTM 1 April 2010.
Siri Program Kecemerlangan 2010 diteruskan. Hari ini Kem Motivasi UPSR Teknik Menjawab Kertas Penulisan Bahasa Melayu telah diadakan bertempat di dewan sekolah bermula jam 2.00 petang. Ceramah disampaikan oleh seorang guru yang berpengalaman luas di dalam bidang tersebut dari SK Methodist, Parit Buntar. Selain daripada itu, kelas Tuisyen Bestari turut diadakan setiap hari mulai jam 2.00 hingga 3.30 petang. Syabas diucapkan kepada guru-guru SKTM dan selamat maju jaya kepada murid tahun 6 / 2010.

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP