Monday, June 28, 2010

PROGRAM TUISYEN GEMILANG UPSR 2010 DAERAH KERIAN

PKG TELUK MEDAN, 29 Jun 2010.
Program Tuisyen Gemilang UPSR 2010 Daerah Kerian akan berlangsung selama 3 hari mulai semalam. Bagi kawasan Bagan Serai, program dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Teluk Medan. Program tersebut disertai oleh 3 orang murid dari setiap sekolah rendah kelompok Bagan Serai. Pada program tersebut, calon-calon didedahkan tentang teknik menjawab soalan UPSR yang berkesan serta menjawab contoh-contoh soalan UPSR lalu. Program anjuran PPD Kerian tersebut juga menampilkan beberapa orang guru yang mahir dalam bidang masing-masing sebagai fasilitator. Program tersebut bermula mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Di samping menimba ilmu, para peserta juga dapat bertukar-tukar fikiran serta dan mengeratkan lagi silaturrahim di antara mereka.

AHLAN WA SAHLAN


Penggal ke-2 sesi persekolahan 2010 menyaksikan 2 wajah baru warga pendidik SKTM. Puan Hazira Syukri ( JQAF ) dan Puan Umi Kalsum ( Pemulihan ) mula melaporkan diri di SKTM pada awal persekolahan penggal ke-2 2010. Selamat menjalankan tugas. Semoga SKTM akan terus cemerlang dan gemilang....

Sunday, June 27, 2010

ANUGERAH NILAM 2010


SKTM 28 Jun 2010.
Dua orang murid SKTM telah dipilih untuk menerima Anugerah Nilam Kementerian Pelajaran Malaysia ( Zon PKG Teluk Medan ) bagi tahun 2010. Dua orang murid tersebut ialah Nur Afifah bt Abd Aziz dan Nur Hidayatul bt Razif. Kedua-dua mereka adalah murid dari Tahun 5 Bestari SK Teluk Medan dan menerima sijil penghargaan Nilam yang disampaikan oleh guru besar SKTM pada perhimpunan mingguan sekolah. Tahniah diucapkan.

TOKOH GURU DAERAH KERIAN 2010



SMK Abu Bakar Al-Baqhir 26 Jun 2010.
Tn.Hj. Tajol Arus b. Idris merupakan anak kelahiran Parit Hj.Ali, Masjid Tinggi telah dipilih sebagai Tokoh Guru Daerah Kerian 2010 pada sempena sambutan Hari Guru Daerah Kerian 2010. Tn.Hj.Tajol Arus mendapat pendidikan awal di SK Telok Medan pada sekitar tahun 60-an. Atas sumbangan besarnya terhadap dunia pendidikan, beliau telah dipilih sebagai Tokoh Guru Daerah Kerian 2010. Anugerah tokoh guru tersebut disampaikan oleh En. Sham b. Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu yang mewakili Dato' Seri Menteri Besar Perak yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi. Tahniah diucapkan kepada Tn.Hj. Tajol Arus daripada seluruh warga SK Telok Medan.
Lagi gambar-gambar Hari Guru 2010.

Wednesday, June 23, 2010

JOM SOLAT GERHANA



Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini. Menurut Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di Kuala Lumpur hari ini, gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang. “Tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk. Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam,” tambah kenyataan itu. Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lalu. “ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari jam 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara,” tambah kenyataan itu lagi. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin ganti peperiksaan awam: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin akan digunakan untuk menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi sistem itu, Lembaga Peperiksaan akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur pencapaiannya."Kita gantikan sistem peperiksaan awam kepada satu sistem pentaksiran berasaskan sekolah, ini belum dimaklumkan tetapi sudah dikaji dan didapati mungkin sesuai kerana ia diamalkan di banyak negara."Mungkin ia tidak banyak beza berbanding negara lain, pokoknya ia tidak menjejaskan soal pembelajaran iaitu cara guru mengajar dan murid belajar adalah sama, tetapi bagaimana kita hendak nilai, sama ada peperiksaan awam atau sistem penilaian," katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) bagi kementeriannya persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu dasar seperti cadangan kemungkinan supaya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan. "Ramai pakar kata sepatutnya dah lama buat, tetapi kenapa kita buat sekarang, kita dah lama buat kajian iaitu sejak 2007 lagi kementerian ada pasukan yang meneliti isu yang berbangkit," katanya. Beliau berkata, langkah mengurangkan peperiksaan awam ini dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek perbelanjaan mengurus, penggunaan sumber manusia dan mengurang beban tugas guru untuk mengendalikan proses peperiksaan.

Mengenai rombakan sistem pendidikan Teknik, Vokasional dan Kemahiran untuk dijadikan pendidikan arus perdana, Muhyiddin berkata kerajaan akan menambah bilangan sekolah vokasional dengan bentuk kurikulum baru serta latihan yang jauh berbeza daripada apa yang ada sekarang khususnya berkaitan dengan bidang yang mempunyai hubung kait dengan negara pada masa kini. "Saya sendiri pengerusikan mesyuarat di peringkat kementerian untuk meneliti semua perkara berkenaan rombakan besar kepada pendidikan vokasional, kurikulum, infrastruktur, kemudahan dan latihannya akan diumumkan untuk pengetahuan ahli Yang Berhormat dalam masa terdekat," katanya.

Berkenaan program Permata Negara yang akan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran, Muhyiddin berkata pada masa ini kementerian sedang melaksanakan pelbagai persiapan rapi khususnya daripada segi pengurusan dan pentadbiran program itu. Beliau juga berkata, pada masa ini kementerian pada peringkat akhir melaksanakan auditan ke atas semua sekolah dan seterusnya akan menetapkan keutamaan berdasarkan kepada keperluan sesebuah sekolah. "Dalam konteks ini, sekolah yang benar-benar memerlukan peruntukan akan diberi keutamaan dan pertimbangan yang sewajarnya. Soal lokasi atau jenis sekolah tidak timbul, semua sekolah akan diberi perhatian khusus supaya persekitaran dan pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, dalam menentukan senarai projek pembangunan dalam RMK-10, laporan audit tersebut akan diguna pakai sepenuhnya di mana penetapan pembinaan sekolah baru atau penambahbaikan berdasarkan kepada keperluan, bukan berasaskan desakan mana-mana pihak. "Selain itu, saya juga telah mengarahkan kepada kementerian supaya membuat penilaian yang telus dalam pemberian bantuan kepada murid yang benar-benar layak menerimanya. "Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak khusus di bawah kementerian saya yang tidak amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata secara keseluruhannya, sebanyak RM26.093 bilion telah diperuntukkan kepada kementerian dengan jumlah 15,324 projek termasuk tambahan 808 projek di bawah Pakej Ransangan Ekonomi. "Sehingga 15 Jun lalu, sebanyak 8,870 projek telah berjaya disiapkan, 5,312 projek masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan manakala 942 projek akan bersambung ke RMK-10," katanya. Bagi prestasi perbelanjaan pula, Muhyiddin berkata sehingga 31 Mei lalu, kementerian telah membelanjakan sebanyak RM16.668 bilion iaitu 85.12 peratus daripada keseluruhan siling yang ditetapkan, dan dijangka akan dapat membelanjakan keseluruhan peruntukan tersebut menjelang akhir tahun ini.

- BERNAMA-

Tuesday, June 15, 2010

Kementerian Pelajaran mahu melaksanakan sepenuhnya dasar Bahasa Ibunda Pelajar (POL) di semua sekolah kebangsaan bagi memudahkan pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa ibunda mereka. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar itu sudah lama diperkenalkan dan setakat ini ada beberapa sekolah yang mempunyai guru mengajar bahasa Mandarin dan Tamil. "Kenyataan ini bagi membetulkan kenyataan yang dibuat sebelum ini, iaitu mewajibkan sekolah kebangsaan mengajar matapelajaran Mandarin dan Tamil, yang penting sekarang ini perkukuhkan pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan. "Dasar itu sudah ada bukan saya buat pengumuman dasar baru tetapi dasar yang ada hendak cuba laksanakan sepenuhnya, pelajar mempunyai pilihan, apabila mereka mahu menguasai bahasa ibunda...mereka boleh memperolehnya menerusi sistem pendidikan kebangsaan," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Muhyiddin sebelum itu merasmikan persidangan antarabangsa pelajar 2010 anuran St George''s Girl School (SGGS) di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) di Georgetown. Muhyiddin berkata apa yang berlaku pada masa lepas berkemungkinan di peringkat sekolah terdapat pengetua atau guru besar yang tidak memberi perhatian terhadap soal itu, oleh itu terdapat ibu bapa berbangsa Cina dan Tamil kurang berpuas hati.

"Dengan adanya kemudahan ini pelajar Cina dan India tidak perlu bersesak di Sekolah Jenis Kebangsaan yang kadang-kadang tidak cukup tempat, selain itu pelajar Melayu juga boleh ambil kesempatan untuk pelajari bahasa Mandarin dan Tamil," katanya. Beliau berkata setakat ini terdapat 373 orang guru yang mengajar bahasa Mandarin dan 163 guru mengajar bahasa Tamil di sekolah kebangsaan di bawah dasar POL. Kementerian Pelajaran juga sedang berusaha menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi untuk mengajar kedua-dua bahasa itu. Katanya, langkah yang perlu diambil sekarang ialah memastikan setiap sekolah mempunyai guru terlatih dalam bahasa Mandarin dan Tamil kerana terdapat lebih 7,000 sekolah rendah di seluruh negara. "Kita akan melatih guru yang berkelayakan dan mereka nanti akan ditempatkan di semua sekolah yang ada diseluruh negara, sama ada mereka mahu belajar atau tidak...itu soal kedua," katanya.

- Bernama

Thursday, June 3, 2010

SELAMAT BERTUKAR


SKTM 3 Jun 2010.
Walaupun terpaksa berulang-alik sejauh lebih 180 km sehari, Ustazah Wan Rosmina terus gigih mejalani kehidupan seharian sebagai seorang guru agama di SKTM. Namun begitu atas keperihatinan JPN, permohonan beliau akhirnya diluluskan dan akan bertugas di sebuah sekolah yang lebih hampir dengan tempat tinggal mulai minggu hadapan. Pada hari ini satu majlis perpisahan diadakan buat beliau selepas Mesyuarat Kurikulum SKTM kali ke-3 bagi membuat posmotem peperiksaan pertengahan tahun yang telah berlangsung sepanjang minggu lalu. Seluruh warga SKTM mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Wan Rosmina atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang berada di SKTM. Semoga Ustazah Wan Rosmina sentiasa dalam peliharaan Allah...amin.

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP