Saturday, July 31, 2010

SENARAI SEMAK UNTUK PENTADBIR SEKOLAH

BERIKUT ialah gambaran senarai semak untuk menjadi rujukan kepada pihak sekolah menilai aspek pelaksanaan dan pencapaian sekolah masing-masing.

1.Prestasi pelajar ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Sudahkah sekolah anda mencapai tahap antarabangsa atau masih di takuk lama? Atau anda sebenarnya tidak peduli?

2.Sistem pendidikan negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Adakah masalah disiplin di sekolah anda menjadi-jadi? Atau semakin baik?

3. Dianggarkan 10 peratus guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Bagaimana dengan prestasi anda? Anda perlu ke Institut Aminuddin Baki (IAB)?

4. Kaedah penyampaian latihan di IAB akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap pembelajaran berdasarkan pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas talian menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi repositori pengetahuan digital. Adakah anda mengikuti perkembangan baru ini?

5. Setiap tahun, kementerian menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Bagaimana dengan prestasi guru lepasan maktab yang ditempatkan di sekolah anda? Adakah beliau perlu latihan susulan?

6. Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula, hanya 3 peratus pemohon mempunyai purata gred terkumpul 3.5 dan ke atas daripada 4.0. Ini menunjukkan profesion keguruan bukanlah pilihan calon cemerlang. Apakah anda merasakan layak untuk lepasan guru seperti ini mengajar di sekolah anda?

7. Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal dan kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

8. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

9. Dalam tempoh rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan - KPLI akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

10. Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing. Adakah anda mahu mengambil kesempatan daripada peluang ini dengan memastikan sekolah benar-benar menyumbang kepada program praktikum ini?

11. Pada masa ini, guru pelatih daripada IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Apakah peranan anda membantu melahirkan guru berkualiti?

12. Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Bagaimana anda boleh membantu meningkatkan program keguruan di sekolah anda? Adakah anda bersedia melepaskan guru melanjutkan pelajaran di bawah sistem terbuka ini?

13. Guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Bagaimana anda boleh membantu meningkatkan program keguruan di sekolah anda? Adakah anda bersedia melepaskan guru melanjutkan pelajaran di bawah sistem terbuka ini?

14. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015. Apakah sikap anda terhadap prestasi guru anda? Terbuka atau pilih kasih? Atau anda gentar untuk bersikap jujur?

15. Dalam tempoh rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Adakah anda sudah bersedia menerima kurikulum baru dan mengadakan program perubahan sikap kepada guru anda?

16. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akan menjadikan sukan sebagai satu subjek mata pelajaran bermula tahun 2011. Dasar '1Murid, 1Sukan' mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Adakah anda sudah bersedia melaksanakan program yang penting ini?

Friday, July 30, 2010

My Mirror


http://sktelukmedanbaganserai.blogspot.com


Terlebih dahulu marilah kita memanjat kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya kita diberi kesempatan untuk melancarkan sebuah lagi blog mini SK Teluk Medan, Bagan Serai. Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang berusaha mewujudkan sebuah lagi tapak blog sebagai ' mirror ' atau ' backup ' kepada blog utama SKTM yang telah wujud hampir dua tahun yang terbukti memberi informasi kepada seluruh warga SKTM dan pengunjung luar. Kewujudan laman blog ke-2 ini membuktikan komitmen warga SKTM terhadap penggunaan ICT dalam proses pendidikan anak bangsa. Selain daripada laman blog, penggunaan ' facebook ' sebagai medan perkongsian maklumat alam maya dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan. Peluasan penggunaan dan kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam bidang ICT di SKTM adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini dibuktikan oleh rumusan Tuan PPD Daerah Kerian yang mengadakan kunjungan tidak rasmi beliau ke SKTM baru-baru ini. Akhirnya saya berharap agar blog ini akan digunakan sebaik mungkin sebagai sumber informasi bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Tahniah kepada warga pendidik SKTM.

Shoyef bin Tukiman
GURU BESAR SKTM

Wednesday, July 28, 2010

Aktiviti Bulan Membaca 2010


SKTM Rabu 28 Julai 2010.
Aktiviti Bulan Membaca 2010 diteruskan dengan mengadakan beberapa aktiviti luar. Antara pertandingan yang diadakan adalah membaca berita, membaca jawi dan bahasa arab, deklamasi puisi dan jejak maklumat. Beberapa aktiviti lagi akan menyusul sebagai pengisian Bulan Membaca 2010 SK Teluk Medan. Lagi gambar...


Tuesday, July 27, 2010

Wakil politik, pendidikan mahu UPSR/PMR dikekalkan

PUTRAJAYA: Sebahagian wakil politik dan pendidikan yang menyertai perbincangan meja bulat kali kedua mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini, cenderung kepada pengekalan kedua-dua peperiksaan itu tetapi dengan beberapa penambahbaikan.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata segala pendapat yang diberikan pada perbincangan hari ini amat baik, boleh dikatakan sebahagian bersetuju dimansuhkan dan sebahagian lagi beranggapan perlu dikekalkan tetapi dengan beberapa perubahan. "Ada juga pendapat mahu UPSR dihapuskan dan kekalkan PMR dan ada juga yang berpendapat sebaliknya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Dr Abdul Rahman berkata banyak juga wakil berpendapat apa juga perubahan atau pemansuhan yang akan dilaksanakan, penekanan kepada kualiti guru perlu dititikberatkan.

"Terdapat juga cadangan agar kemahiran teknikal perlu diperkenalkan sebaik selepas UPSR, jangan tunggu terlalu lama kerana jika selepas tingkatan empat baru diperkenalkan, masanya terlalu singkat," katanya.

Profesor Emeritus Datuk Isahak Haron dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) berkata, kedua-dua peperiksaan itu tidak perlu dimansuhkan tetapi perlu diubah pendekatan serta fungsinya kerana fungsi sekarang lebih berorientasikan peperiksaan. "Kekalkan UPSR dan PMR berdasarkan pendekatan rujukan-norma yang sedia ada dan mengekalkan fungsi pendidikan di sekolah sebagai alat pemilihan seperti sekarang," katanya.

Isahak yang juga pakar rujuk Majlis Perundingan Melayu, urut mencadangkan UPSR dan PMR dikekalkan sebagai peperiksaan awam tetapi penaksirannya dibuat berdasarkan ''standard-based assesment'' ke arah menentukan kualiti pendidikan negara. "Atau pun memansuhkan UPSR dan PMR dan biarkan sekolah masing-masing melaksanakan peperiksaan atau penaksiran, tidak ada peperiksaan atau penaksiran awam untuk melihat secara makro sejauh mana pelajar kita menerima pendidikan yang diharapkan.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga dan Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong), Poh Chin Chua berpendirian bahawa pendidikan peringkat rendah memerlukan satu sistem penilaian standard untuk seluruh negara memandangkan keadaan yang unik di negara ini. "Jadi sebelum UPSR dimansuhkan, Kementerian Pelajaran seharusnya mengumumkan satu formula alternatif yang baru agar masyarakat umum dapat meneliti dan mengkaji secara mendalam, lalu mengemukakan maklum balas yang membina untuk rujukan kementerian pula," katanya. Beliau berkata Kementerian Pelajaran tidak harus membuat keputusan dengan tergesa-gesa mengenai pemansuhan UPSR, malah seharusnya mengumumkan formula alternatif terlebih dahulu dan mendengar pandangan pelbagai lapisan masyarakat secara menyeluruh.

"Keputusan sama ada UPSR dimansuhkan atau tidak boleh ditetapkan kemudian. Sebelum terhasilnya formula alternatif baru yang mendapat sokongan umum, seluruh masyarakat persatuan kami dengan tegasnya tidak menyetujui langkah kementerian memansuhkan UPSR," katanya.

Pengerusi Biro Pendidikan MIC Tan Sri T Marimuthu berkata kedua-dua peperiksaan terutamanya UPSR perlu dikekalkan untuk menilai produktiviti sekolah dan pelajar di negara ini. "Lebih penting daripada memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu, kita seharusnya memperbaiki sistem penilaian sedia ada dan memfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran," katanya. Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan seharusnya menjalankan kajian terperinci terlebih dulu berhubung pemansuhan kedua-dua peperiksaan berkenaan dan mencari sistem alternatif yang lebih baik sekiranya mahu memansuhkannya.

Perbincangan meja bulat kali kedua itu dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, disertai 75 termasuk wakil politik, tokoh pendidikan, pemimpin pelajar, badan bukan kerajaan, wakil pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, pegawai tinggi Kementerian Pelajaran, wartawan dan wakil daripada industri buku. - BERNAMA

Sunday, July 25, 2010

LAWATAN TUAN PPD KERIAN KE SKTM



SKTM Isnin 26 Julai 2010.
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, Tuan Hj. Mat Lazim bin Idris telah mengadakan lawatan mengejut ke SK Teluk Medan, Bagan Serai. Beliau tiba seawal pagi ketika perhimpunan mingguan SKTM sedang berjalan. Sehubungan dengan itu, beliau telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan pada perhimpunan mingguan tersebut. Dalam ucapannya, Tuan Hj. Mat Lazim telah mengulangi tentang tugas, tanggung jawab dan amanah mendidik kepada warga pendidik SKTM. Beliau mengharapkan tugas dan tanggung jawab tersebut akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin agar pencapaian kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid dapat mencapai tahap target NKRA daerah Kerian. Beliau turut memberi kata-kata rangsangan dan motivasi kepada murid-murid supaya menjadi murid yang cemerlang dan gemilang. Pada perhimpunan tersebut juga, murid-murid tahun 6 SKTM turut diberi peluang untuk bersalaman dan beramah mesra dengan Tuan PPD Daerah Kerian.

Dalam tinjauan ringkas yang dilakukan, Tuan PPD berpuas hati dengan tahap sahsiah murid, kebersihan, dan keceriaan kawasan sekolah, penggunaan PSS, pengurusan program LINUS, penggunaan ICT dalam kelas dan pengurusan kantin sekolah. Beliau turut memberikan beberapa saranan kepada pihak pengurusan sekolah dalam meningkatkan lagi tahap kecemerlangan sekolah. Seluruh warga SKTM mengucapkan terima kasih di atas lawatan dan bimbingan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian.

lagi gambar....

Friday, July 16, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009


SKTM Isnin 19 Julai 2010.
4 orang guru dan seorang kakitangan telah menerima APC bagi tahun 2009 yang disampaikan oleh Hjh.Che Onah Saad, PK1 SKTM pada perhimpunan mingguan.

1. Hjh. Che Onah bt. Saad ( PK1 )
2. Hjh. Normala bt. Hussin ( guru )
3. Encik Mohd.Jalil b. Ghani ( guru )
4. Pn. Nadzirah Bt.Ahmad Syukri ( guru dari SK Gunong Semanggol )
5. Encik Zainal Abidin b. Lokman ( kakitangan )

Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah kepada pegawai yang menerima APC 2009.





Monday, July 12, 2010

UJIAN PERCUBAAN UPSR 2010



SKTM Selasa 13 Julai 2010.
Peperiksaan Percubaan UPSR 2010 bermula hari ini. Kertas pemahaman membuka tirai ujian tersebut yang akan berlangsung selama 3 hari dan berakhir pada hari Khamis. Sementara itu murid-murid lain SKTM turut menjalani Ujian Selaras 3 bagi memperolehi maklumat keberkesanan pengajaran guru dan tahap penguasaan murid. Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat maju jaya kepada calon UPSR 2010.

Sunday, July 11, 2010

PERLANCARAN BULAN MEMBACA 2010




SKTM Isnin 12 Julai 2010.
Program Bulan Membaca anjuran Persatuan Pusat Sumber merupakan program tahunan bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan budaya membaca di kalangan warga SKTM. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pertandingan bercerita, bicara buku, membaca BI dan Jawi, melukis poster, mengarang dan sebagainya. Pada perhimpunan mingguan Pn.Fatimah Masdar selaku pengerusi pengelola program Bulan Membaca 2010 memberikan taklimat berhubung perjalanan program tersebut. Pelancaran Bulan Membaca 2010 disempurnakan oleh Encik Shoyef bin Tukiman, Guru Besar SKTM. Majlis pelancaran Bulan Membaca SKTM 2010 diserikan dengan bacaan sajak oleh adik Rabi'atul Adawiyah dan persembahan koir lagu ' Budaya Membaca ' oleh murid-murid Tahun 3B1.
lagi gambar...

Thursday, July 8, 2010

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI





SKTM Jumaat 9 Julai 2010 merupakan hari terakhir Pn.Hjh. Azizah bt. Said, Penolong Kanan Kokurikulum di SKTM. Beliau yang mula bertugas sebagi PK Kokurikulum di SKTM pada November 2007 akan bertukar ke SK Baru Parit Buntar sebagi PK HEM. Tugas pengurusan kokurikulum SKTM akan diambil alih oleh Pn. Hidayat Azimah bt. Suhaimi yang mulah melaporkan diri pada minggu lalu sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Tahniah diucapkan kepada Pn.Hjh Azizah Said dan Pn. Hidayat Azimah bt. Suhaimi. Semoga penghijrahan anda berdua akan memberi impak dalam mencapai visi dan misi pendidikan negara.
more pic...

Wednesday, July 7, 2010

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS 2010



SKTM Rabu 7 Julai 2010.
Kursus Pertolongan Cemas telah diadakan sebagai pengisian aktiviti kokurikulum hari ini. Kursus pertolongan cemas tersebut disampaikan oleh Encik Yushairi b. Othman, guru SK Dato' Mas'ud yang juga merupakan jurulatih Pertolongan Cemas Kebangsaan. Kursus tersebut melibatkan murid-murid SKTM tahun 3 hingga tahun 5. Pada kursus tersebut juga murid-murid turut menjalani latihan amali pertolongan cemas seperti merawat kecederaan ringan dan teknik mengikut kain anduh dengan betul.
Lihat gambar lagi....

MOTIVASI IBU-BAPA DAN MURID TAHUN 6





SKTM Rabu 7 Julai 2010.
Program kecemerlangan pelajar diteruskan dengan Ceramah Motivasi " Ibu-bapa Cemerlang Anak-anak Gemilang ". Ceramah disampaikan oleh Ustaz Borhan bin Zakaria Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pada ceramah tersebut, beliau memberikan beberapa tips untuk menjadi ibu-bapa dan anak-anak cemerlang. Program yang berlangsung selama 2 jam tersebut turut dihadiri oleh ibu-bapa dan penjaga murid tahun 6 SKTM.
Lihat gambar lagi...

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP