Thursday, December 30, 2010

PENDAFTARAN PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 / 2011


SKTM Khamis 30.12.2010
Majlis Perdaftaran Prasekolah dan Tahun 1 / 2011 berlangsung seperti yang dirancangkan. Ibu-bapa hadir bersama anak-anak seawal pagi bagi mendaftar prasekolah dan tahun 1 untuk sesi persekolahan 2011. Majlis dimulakan dengan pendaftar murid dan diikuti taklimat ibu-bapa dan penjaga murid. Pada taklimat tersebut, guru besar SKTM Encik Shoyef b Tukiman memberikan beberapa input terkini berkaitan pendidikan terutamanya berkaitan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Program LINUS dan program-program kecemerlangan SKTM 2011. Taklimat diteruskan oleh En. Yusof b. Jamaludin PK HEM yang menerangkan tentang pengurusan murid SKTM. Majlis Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 berakhir pada jam 11.00 pagi.

SUMBANGANMU DIHARGAI

SKTM Rabu 29.12.2010
Seperti tahun-tahun yang lalu, warga pendidik SKTM menerima Sijil Penghargaan atas sumbangan cemerlang pada tahun 2010. Sijil penghargaan disampaikan kepada semua warga pendidik SKTM oleh En.Shoyef b Tukiman, Guru Besar SKTM. Tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik SKTM.

Monday, December 27, 2010

MUAT TURUN LAGU KSSR TAHUN 1

AHLAN WA SAHLAN


SKTM Isnin 27.12.2010
Sesi persekolahan 2011 menampilkan dua wajah baru dalam barisan pendidik SKTM iaitu Ustaz Omar b. Sadri dari SK Covent, Taiping dan Pn.Zaridah bt. Othman dari SK Seri Pinang, Semanggol selain daripada En.Mohd Yusof b Jamaludin sebagai PK HEM. Selamat datang dan selamat bertugas. Semoga penghijrahan lebih bermakna kepada dunia pendidikan.

MESYUARAT KALI PERTAMA 2011

SKTM Isnin 27.12.2010
Mesyuarat Guru dan Kurikulum membuka tirai beberapa siri mesyuarat yang bakal diadakan lagi sebagai persediaan sesi persekolahan 2011. Kesemua warga pendidik hadir pada hari ini termasuk dua orang warga baru iaitu Ustaz Omar b. Sadri dan Pn.Zaridah bt. Othman. Semoga sesi persekolahan 2011 akan berlangsung seperti yang dirancangkan.

Wednesday, December 22, 2010

MISI VISI PILIHAN 2011

PERHATIAN BUAT SELURUH WARGA SK TELUK MEDAN :

Guru-guru, kakitangan, murid-murid dan ibu-bapa dipelawa untuk membuat pilihan antara Misi dan Visi SKTM bagi tahun 2011 seperti yang dicadangkan di atas atau mencadangkan yang lain atau mengubahsuai. Cadangan boleh dilakukan pada ruangan 'comments' di bawah atau pada 'facebook' SK Teluk Medan. Kerjasama semua pihak amat diperlukan dan dihargai demi kegemilangan SKTM.

Tuesday, December 21, 2010

ORGANISASI 2011


SKTM 22 Disember 2010 - Tahun 2011 menampilkan wajah baru dalam pentadbiran SK Teluk Medan. Pn.Hjh Romlah bt Salleh, PK HEM SKTM telah dilantik mengisi kekosongan jawatan PK Pentadbiran manakala En.Mohd Yusof b. Jamaludin dari SK Tanah Kebun telah dilantik sebagai PK HEM SK Teluk Medan. Tahniah kepada Pn.Hjh Romlah bt Salleh dan selamat datang kepada En.Mohd Yusof b Jamaludin ke SK Teluk Medan.


HARI TERAKHIR DI SKTM

SKTM 15 Disember 2010.
Detik mengakhiri perkhidmatan sebagai penjawat awam merupakan saat-saat yang ditunggu oleh sebahagian kakitangan awam. Namun tidak kurang kakitangan awam yang terharu untuk meninggalkan dunia pekerjaan. Bagi Hjh.Che Onah bt. Saad, 15 Disember 2010 pasti mencatat sejarah dalam kehidupan beliau. !5 Disember 2010 merupakan hari terakhir Hjh. Che Onah bergelar penjawat awam. Air wajah beliau pada hari terakhir di SKTM sangat ceria namun hati kecil siapa tahu. Meninggalkan dunia pendidikan berbeza dengan karier lain. Rata-rata guru yang telah meninggalkan dunia pendidikan berhasrat ingin kembali mendidik anak bangsa meskipun tanpa imbuhan...itulah hakikat seorang pendidik...Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat bersara kepada Hjh. Che Onah bt Saad, PK Pentadbiran SKTM. Semoga dalam peliharaan ALLAH sentiasa...

Monday, December 20, 2010

SEMAKAN KE ASRAMA PENUH 2011


UNTUK SEMAKAN DAN RAYUAN KE TINGKATAN 1 SBP 2011
KLIK DI SINI

Sunday, December 5, 2010

AKTIVITI DISEMBER 2010

Berikut adalah aktiviti bulan Disember 2010 :

21-23 Disember 2010.
Perjualan Buku Tulis
Tempat : Kedai PIBG Sekolah.
Perhatian : AJK Kedai Sekolah.
Catatan : Semua ibu-bapa murid boleh mula membeli buku tulis untuk keperluan anak-anak
pada tahun 2011.

27.12.2010 - Isnin.
Mesyuarat Guru Pertama 2011 / Mesyuarat Kurikulum Pertama 2011
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.

28.12.2010 - Selasa.
Mesyuarat HEM Pertama 2011 / Mesyuarat Kokurikulum Pertama 2011
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.

29.12.2010 - Rabu.
Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Pertama 2011.
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.

30.12.2010 - Khamis.
Pendaftaran Tahun 1 2011 / Pendaftaran Prasekolah 2011.
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.

Thursday, December 2, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU



Seluruh warga SKTM mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Nur Sabra Syatila bt. Yusuff yang melangsungkan perkahwinannya pada hari ini di Kepala Batas, Kedah. Kami juga mendoakan agar Puan Sabra Syatila kekal bahagia dalam peliharaan Allah bersama suami tercinta sehingga ke akhir hayat...amin.

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP