Tuesday, August 12, 2014

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 1435H/2014




pizap.com14073762390152 pizap.com14073758024681
SKTM Rabu 6 Ogos 2014.
Kemeriahan Syawal lebih bermakna bagi warga SK Teluk Medan apabila lebih 800 tetamu daripada kalangan ibu-bapa dan keluarga murid SKTM membanjiri dataran SKTM bagi menyertai sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri 2014. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 yang sepatutnya dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau berasa amat teruja serta terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh ibu-bapa bagi menjayakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 tersebut. Menurut beliau lagi, kehadiran yang diluar jangkaan tersebut menggambarkan komitmen ibu-bapa terhadap kelangsungan pendidikan anak-anak di SK Teluk Medan. Beliau turut berpesan agar disamping bergembira menyambut Syawal supaya tidak melupakan saudara seagama yang sedang menghadapi kesusahan hidup seperti di Gaza, Thailand, Burma, Syria dan Mesir serta mangsa MH370 dan MH17. Rata-rata ibu-bapa serta keluarga yang hadir melahirkan rasa gembira kerana majlis seumpama ini mampu mempertemukan mereka ketika sibuk menjalani kehidupan seharian. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid SKTM. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 tamat mulai jam 10.00 malam.

No comments:

Post a Comment

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP