Tuesday, August 12, 2014

PENUTUPAN IHYA RAMADHAN 1435H/2014



SKTM Jumaat  27 Ramadhan 1435H.
Majlis Penutupan Ihya Ramadhan berlangsung seperti yang dirancang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Mohd Yusof Shouib, Ketua Panitia Pend.Islam dan j-QAF SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan program Ihya Ramadhan 1435H/2014. Pada majlis tersebut, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM menyampaikan hadiah kepada peserta yang menang dalam beberapa pertandingan sempena Ihya Ramadhan 1435H. Pada majlis tersebut juga, lebih 80 murid miskin menerima sumbangan hari raya yang diberikan oleh pelbagai pihak. Majlis turut diserikan dengan persembahan Kalam Jama’e oleh kumpulan Kalam Jama’e SKTM yang telah menjadi johan pada Ihtifal j-QAF Zon Bagan Serai. Majlis diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan diantara warga SK Teluk Medan dan penyampaian wang hari raya kepada anak-anak SKTM.

No comments:

Post a Comment