Wednesday, August 26, 2009

BBM dalam P&P

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai media pengajaran atau ‘instructional media’ yang membantu guru dan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Proses penyediaan dan penghasilan sumber yang sesuai mestilah selaras dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran serta hala tuju pendidikan Negara secara keseluruhan.

Kepentingan menggunakan alat bantu mengajar dalam penyampaian pelajaran menurut Mak Soon Sang (1992) :


1. Memudahkan murid memahami konsep yang abstrak
2. Memudahkan murid menguasai kemahiran baru melalui bantuan alat bantu mengajar
3. Aktiviti pengajaran dapat dipelbagaikan serta mudah disampaikan
4. Aktiviti pembelajaran lebih menarik dan memberangsangkan

Atan Long (1993) dalam Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi Ahmad Mohd Salleh memberi beberapa garis panduan untuk memilih alat bantu mengajar:
1. Tentukan sumbangan yang dapat diberikan oleh alat bantu mengajar itu kepada pengajaran tertentu berhubung dengan objektif pengajaran yang hendak diajar. Elakkan daripada menyediakan alat bantu mengajar yang tidak sesuai digunakan atau tidak dapat digunakan dengan berkesan.
2. Rancangkan bagaimana alat bantu mengajar itu dapat digabungkan penggunaannya dalam pengajaran untuk menambah pengalaman pembelajaran murid-murid.
3. Aturkan supaya alat-alat bantu mengajar itu dapat digunakan oleh murid dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kelam kabut atau mengganggu pengajaran.
4. Kaji maklumat daripada berbagai-bagai punca tentang cara penggunaan sesuatu alat bantu mengajar untuk mendapat kesan yang memuaskan.
5. Nilaikan sumbangan ABM kepada pengajaran melalui percubaan. Ubahsuaikan cara penggunaannya berdasarkan penilaian ini.

No comments:

Post a Comment

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP