29 Oktober 2003
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 :
KUASA GURU MEROTAN MURID
Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama. Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas bahawa :
Peraturan 6 :
Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu......
( Beberapa Pekeliling Ikhtisas boleh dipaut melalui blog untuk rujukan ; Perkeliling Ikhtisas )
( Beberapa Pekeliling Ikhtisas boleh dipaut melalui blog untuk rujukan ; Perkeliling Ikhtisas )
No comments:
Post a Comment