Monday, November 16, 2009

ANTARA 2 DEBARAN

Debaran menanti keputusan UPSR 2009 semakin kencang. Rata-rata murid-murid tahun 6 cemas menunggu apakah nasib mereka nanti. Guru-guru juga begitu. Keputusan UPSR nanti mencerminkan prestasi dan usaha yang guru-guru lakukan bagi menghasilkan keputusan yang baik. Khabar anginnya keputusan UPSR 2009 sudah boleh diambil mulai jam 10 pagi Khamis ini di Pejabat Pelajaran masing-masing. Semua murid-murid mahukan keputusan 5A di dalam UPSR nanti. Pihak sekolah juga mahukan begitu. Apatah lagi ibu-bapa yang membesarkan mereka daripada sebesar 'ibu jari'. Tetapi Allah lebih mengetahui akan 'hikmah' setiap yang berlaku. Persoalannya adakah keputusan UPSR nanti menjadi penentu masa depan gemilang murid-murid atau adakah keputusan UPSR nanti menjadi kayu pengukur kepada usaha kerja guru-guru selama hampir 6 tahun murid tersebut di sekolah rendah. Jelasnya masih terlalu awal untuk meramal masa depan murid berdasarkan keputusan UPSR...masa masih panjang dan jalan masih luas untuk membina masa depan yang gemilang....Namun yang pasti keputusan UPSR 2009 nanti diharapkan akan menjadi garisan kepada semua pihak yang bukan sahaja guru dan murid untuk muhasabah diri serta muraqhabah misi dan visi pendidikan....Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP