Tuesday, November 24, 2009

AZAM DAN ILTIZAM

Mulai hari ini 8 Zulhijjah jutaan umat islam dari seluruh pelusuk bumi Allah akan mula berpusu-pusu untuk ke tanah Arafah bagi menyempurnakan sebahagian daripada rukun haji iaitu wukuf di Arafah. Ada yang menaiki bas, kereta sewa, van, lori dan tak kurang yang hanya mampu berjalan kaki sahaja. Apapun kenderaan yang mereka naiki tetapi matlamat dan pakaian yang dipakai adalah sama sahaja. Saat ini nilai seorang raja dan seorang rakyat biasa sama sahaja. Yang membezakannya hanyalah niat ikhlas dan sifat taqwa hamba kepada Allah yang mensyariatkan ibadah haji kepada umat manusia. Hasrat semua jamaah haji adalah untuk memperolehi haji yang mabrur yang dijanjikan keampunan dan balasan syurga di akhirat nanti. Apa itu MABRUR ?. Seorang ulamak tanahair menulis bahawa haji yang mabrur adalah bagaimana ibadah haji itu memberi kesan kepada penghidupan kita setelah selesai menunaikan fardhu haji dan pulang ke tanah air. Dengan kata lain adalah bagaimana konsep ibadah haji tersebut dapat dihayati dan direalisasikan dalam kehidupan seharian kita. ADMIN mengakui kenyataan ini...ketika di Tanah Haram kita melihat manusia berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah. Tetapi apabila pulang ke tanah air semangat untuk berjamaah setiap waktu di masjid mulai pudar dan akhirnya hilang begitu sahaja. Mungkin itulah salah satu kelebihan Masjidil Haram...atau kurangnya ketahanan diri kita untuk menghayati konsep ibadah haji di dalam penghidupan seharian selepas bergelar 'haji'...Marilah kita sama-sama melihat diri kita......Al-kisah seorang sahabat ADMIN yang bekerja sebagai seorang kerani Telekom sedangkan isterinya tidak bekerja dan mempunyai 9 orang anak berangkat menunaikan haji pada tahun ini bersama isterinya...mungkin itulah yang dinamakan 'berkat' atau 'sudah sampai seru' ?....kuncinya ialah AZAM dan ILTIZAM yang tinggi....semoga kisah sahabat ADMIN tadi menjadi renungan untuk semua. Selamat hari raya Aidil Adha daripada seluruh warga SKTM. Maaf zahir batin....

No comments:

Post a Comment

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP