
Akhir tahun merupakan antara masa yang paling sibuk di setiap sekolah. Selepas berakhirnya Peperiksaan Akhir Tahun, beberapa agenda lagi yang perlu dibereskan sebelum cuti persekolahan menjelang. Bagi warga pendidik rata-ratanya merasakan kesuntukan masa untuk membereskan tugas-tugas di sekolah. Belumpun selesai menyemak kertas-kertas peperiksaan murid, kutipan buku-buku teks 2009 dan membahagikan buku-buku teks 2010 perlu dijalankan. Dalam masa yang sama beberapa rekod-rekod perlu dikemaskinikan seperti Kad Pelaporan, Kad PLBS, Kad 001, Kad Kesihatan, Rekod RMT, SPAR, SMM, Rekod SPBT di samping membuat persiapan menjelang Hari Anugerah Kecemerlangan....GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG.
No comments:
Post a Comment