Monday, November 9, 2009

Program Praremaja SKTM 09


ISNIN 9 NOVEMBER 2009.
Program Praremaja merupakan salah satu daripada program tahunan yang bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid tahap 2 akan beberapa persoalan zaman remaja yang bakal mereka tempuhi. Antara pengisian program tersebut adalah ceramah yang bertajuk ' Pencegahan Barah Di peringkat Awal Remaja' yang disampaikan oleh Puan Hamadah bt. Salleh dari Avil Buety Bukit Mertajam. Di dalam ceramah tersebut beberapa penekanan yang diberikan adalah jenis-jenis barah, tanda-tanda penyakit barah, rawatan dan langkah pencegahan awal penyakit yang sering menghantui kaum wanita tersebut. Beliau juga turut menekankan aspek penjagaan kesihatan dan kebersihan diri yang perlu diambil perhatian oleh setiap wanita. Dalam masa yang sama, murid-murid lelaki tahap 2 turut menghadiri satu ceramah di surau SKTM bertajuk ' Beberapa Persoalan Remaja' yang disampaikan oleh Tn.Hj.Yazid b. Rumbali. Murid-murid lelaki didedahkan tentang tanda-tanda baligh dan beberapa persoalan remaja dan gejala sosial remaja masakini. Diharapkan Program Praremaja yang telah dilaksanakan akan memberi manafaat yang besar kepada murid-murid tahap 2 dalam menghadapi zaman remaja yang bakal mereka tempuhi.

No comments:

Post a Comment

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP