Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Khamis. Terdahulu semasa berucap, Muhyiddin berkata pengenalan program Linus pada peringkat sekolah rendah akan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M.
Katanya kadar literasi dalam kalangan murid sekolah rendah pada masa ini adalah 87 peratus dan peningkatan sebanyak tiga peratus disasarkan pada tahun ini. Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian penilaian ke atas sistem pendidikan negara pada tahun hadapan dengan kerjasama Petubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi memastikan sistem pendidikan negara terus relevan dan berdaya saing.
Langkah itu, katanya bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk menambah baik sistem pengurusan pendidikan, kurikulum, latihan perguruan, proses pengajaran dan pembelajaran serta aspek-aspek lain secara keseluruhannya. "Kajian tersebut mungkin mengambil masa antara enam bulan hingga setahun," katanya.
Sumber BERNAMA


































No comments:
Post a Comment