Monday, March 22, 2010

KUALA LUMPUR 21 Mac - Sekolah dijangka menggunakan pendekatan modular dalam pembaharuan yang akan dilaksanakan bagi memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pendekatan modular bagi kedua-dua bahasa ini akan memberi fokus dan menitikberatkan penguasaan literasi asas kemahiran bahasa dalam kalangan murid. Kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia baru-baru ini memberitahu, pendekatan modular mengambil kira kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu, seimbang dan holistik. Setiap komponen dalam kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis mempunyai modulnya yang tersendiri, serta disokong dengan modul tatabahasa dan modul seni bahasa.

''Seperkara lagi yang diberi penekanan untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa Inggeris adalah dengan memberi tumpuan kepada prinsip asas bahasa (back to basic)," ujar kenyataan tersebut. Asas bahasa yang kukuh merupakan elemen terpenting bagi pembelajaran yang berkesan. Kurikulum kedua-dua bahasa tersebut akan menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas bahasa. Sebagai contoh, bagi pengukuhan penguasaan asas bahasa Inggeris akan dilakukan dengan memberi penekanan kepada phonics.

Pengenalan sistem bunyi yang dilakukan secara berstruktur dan sistematik melalui phonics berupaya memantapkan penguasaan asas bahasa murid. Di samping perkara yang disebut tadi, pendekatan didik hibur dan menghargai bahasa akan diberi perhatian dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, pengajaran dan pembelajaran melalui modul seni bahasa akan memberi tumpuan dan penekanan kepada pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif dan berkesan yang boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti berbahasa seperti nyanyian, berlakon, berpuisi, pengucapan awam, jazz chants, choral speaking, drama dan muzik. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini membolehkan murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan, selesa dan tiada tekanan.

SUMBER : Utusan On-line

No comments:

Post a Comment

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP