
Bertemakan ' Muafakat Membawa Berkat ', Persatuan Ibu-bapa dan Guru SK Teluk Medan telah mengadakan mesyuarat agungnya pada tanggal 11 Mac yang lalu. Mesyuarat agung tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Penasihat PIBG SKTM, Encik Shoyef bin Tukiman. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu-bapa yang telah bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan program kecemerlangan murid SKTM. Beliau juga mengharapkan agar kerjasama tersebut dapat dikekalkan walaupun jawatan kuasa yang akan menerajui PIBG bagi sesi 2010-2011 berubah. Pada mesyuarat agung tersebut, berbagai usul telah dibentang dan dibahaskan yang membuahkan beberapa perkara demi kepentingan anak-anak didik SK Teluk Medan. Pada mesyuarat agung tersebut juga Tn. Hj. Darham bin Bakri mengekalkan kerusinya sebagai YDP PIBG manakala Pn.Hjh.Rohaya bt. Bakar turut mengekalkan kerusinya sebagai Naib YDP PIBG SKTM. Mesyuarat agung yang bermula jam 3.00 petang berakhir kira-kira jam 6.00 petang.
salam..
ReplyDeletemuafakat membawa berkat, berkat menjana kejayaan...moga ada hikmahnya