Friday, April 2, 2010

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PAKAIAN DAN BEG SEKOLAH


SKTM Jumaat 2 April 2010.
Kehadiran YB Datuk Dr.Abd. Rahman bin Hasyim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ke SK Teluk Medan buat kali ke-dua dalam tempoh lima tahun lebih bermakna bagi warga SKTM. Beliau berkenan untukmenyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah kepada lebih 200 orang murid SK Teluk Medan. Majlis tersebut yang bermula mulai jam 3.00 petang dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn.Hj.Khairuddin b Nawawi diikuti oleh bacaan ayat al-Quran oleh Muhammad Hazim johan hafazan al-Quran daerah Kerian 2010. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Encik Shoyef bin Tukiman, Guru Besar SK Teluk Medan. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk yang sudi melapangkan masa untuk hadir menyempurnakan majlis tersebut. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yayasan Perak Darul Ridzuan yang telah bermurah hati memberikan sumbangan kepada lebih 200 anak-didik SK Teluk Medan.
Dalam ucapan YB Datuk Dr. Abdul Rahman, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga SKTM kerana peningkatan sekolah di dalam pelbagai bidang terutamanya bidang akademik. Menurut beliau, ilmu merupakan aset yang paling penting kepada anak-anak. Lantaran itu pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan YB Menteri Besar Perak amat mengambil perhatian di bidang pelajaran. Beliau juga mengharapkan kerjasama daripada ibu-bapa dan semua pihak bagi menjaya dan mencapai misi pendidikan negara sekaligus melahirkan generasi masa depan yang berwawasan. Dalam ucapannya juga, beliau turut memberikan motivasi kepada murid-murid yang hadir agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita diri, ibu-bapa, masyarakat dan negara. Lebih bermakna kepada warga SK Teluk Medan apabila YB Datuk mengumumkan pemilihan SK Teluk Medan sebagai ' Sekolah Angkat ' Yayasan Perak Darul Ridzuan. Pengumuman itu disambut dengan tepukan yang gemuruh daripada murid-murid dan ibu-bapa yang hadir. YB Datuk kemudiannya menyampaikan sumbangan pakaian seragam dan beg sekolah kepada lebih 200 orang anak didik SKTM. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Encik Sham bin Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu; Tn.Hj. Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian; Encik Jamil bin Mat Kasa, Pengurus Besar Yayasan Perak; Wakil PPD Kerian dan pimpinan masyarakat tempatan. Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah oleh Yayasan Perak Darul Ridzuan berakhir pada jam 5.00 petang.

1 comment:

  1. salam...
    best aaa dapat beg free....belah kita dapat beskal free.....tunggu apa lagi yang free nak mai sekolah

    ReplyDelete

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP