
Muhyiddin sebelum itu merasmikan persidangan antarabangsa pelajar 2010 anuran St George''s Girl School (SGGS) di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) di Georgetown. Muhyiddin berkata apa yang berlaku pada masa lepas berkemungkinan di peringkat sekolah terdapat pengetua atau guru besar yang tidak memberi perhatian terhadap soal itu, oleh itu terdapat ibu bapa berbangsa Cina dan Tamil kurang berpuas hati.
"Dengan adanya kemudahan ini pelajar Cina dan India tidak perlu bersesak di Sekolah Jenis Kebangsaan yang kadang-kadang tidak cukup tempat, selain itu pelajar Melayu juga boleh ambil kesempatan untuk pelajari bahasa Mandarin dan Tamil," katanya. Beliau berkata setakat ini terdapat 373 orang guru yang mengajar bahasa Mandarin dan 163 guru mengajar bahasa Tamil di sekolah kebangsaan di bawah dasar POL. Kementerian Pelajaran juga sedang berusaha menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi untuk mengajar kedua-dua bahasa itu. Katanya, langkah yang perlu diambil sekarang ialah memastikan setiap sekolah mempunyai guru terlatih dalam bahasa Mandarin dan Tamil kerana terdapat lebih 7,000 sekolah rendah di seluruh negara. "Kita akan melatih guru yang berkelayakan dan mereka nanti akan ditempatkan di semua sekolah yang ada diseluruh negara, sama ada mereka mahu belajar atau tidak...itu soal kedua," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment