Saturday, August 13, 2011

KWAMP 2011


SKTM Jumaat 12 Ramadhan 1432.
Majlis Penyampaian Sumbangan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin 2011 berlangsung seperti yang direncana. Tetamu khas pada majlis tersebut YB Dato' Seri Dr.Abdul Rahman b. Hashim, SUK Negeri Perak tiba pada jam 5.00 petang dan disambut oleh paluan kompang serta bunga manggar. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Perak dan lagu Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan kemudiannya bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Omar b. Sabri. Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan membuka tirai ucapan pada majlis tersebut dengan melafazkan beberapa madah sebagai alu-aluan kepada tetamu yang hadir khususnya YB Dato' Seri SUK dan Y.Bhg Dato' Pengarah pelajaran Perak. Dalam ucapannya, beliau menerangkan tentang pencapaian prestasi dan program kecemerlangan sekolah dengan memberi tumpuan kepada pencapaian terkini calon UPSR 2011 dan program ' Pecutan Akhir UPSR 2011'. Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih bagi pihak seluruh warga SK Teluk Medan atas kesudian YB Dato' Seri Dr.Abdul Rahman yang sudi memenuhi jemputan dan meluangkan masa bersama warga Teluk Medan pada petang tesrsebut. Majlis perasmian penyampaian sumbangan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin SK Teluk Medan 2011 disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr.Abdul Rahman b. Hashim, SUK Negeri Perak. Dalam ucapannya, YB Dato' Seri berharap agar kegemilangan SK Teluk Medan diteruskan dan pihak kerajaan negeri Perak akan sentiasa membantu dalam apa jua lapangan yang diperlukan. Malahan menurut YB Dato' Seri lagi, beliau mengadakan mesyuarat setiap bulan bersama Jabatan Pelajaran Perak bagi memastikan kecemerlangan pendidikan negeri Perak. Pada akhir program YB Dato Seri Dr.Abdul Rahman b. Hashim meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama warga SK Teluk Medan seterusnya menunaikan solat maghrib berjamaah di Surau SK Teluk Medan. Turut sama hadir pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin 2011 itu ialah Y.Bhg Dato' Mohd Rauhi b. Mohd Isa (Pengarah Pelajaran Perak), Tn.Hj.Mohd Idris b. Hj. Ramli (Tim.Pengarah Pelajaran Perak), Tn.Hj.Abd Wahid b. Ramli (Tim.PPD Kerian), pegawai-pegawai PPD Kerian, wakil Pengurus Besar Yayasan Perak, ketua-ketua kampung dan peserta KWAPM SK Teluk Medan bersama ibu-bapa. Majlis tamat pada jam 8.30 malam.

No comments:

Post a Comment

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP