SKTM Rabu 18 Julai 2012.
SK Teluk Medan sekali lagi menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat "Sense of Eugency" Sekolah Rendah Kelompok 2 Kerian. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn.Hj.Wahid b. Ramli, Timbalan PPD Kerian. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah rendah dalam Kelompok 2 Kerian yang telah merancang dan melaksanakan program-progran kecemerlangan UPSR dibawah program "Sense of Urgency". Beliau turut berharap agar segala program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual dan modul yang dibina oleh guru-guru tahun 6 daripada sekolah-sekolah berkenaan. Pada perjumpaan tersebut juga, En.Mohamad Shah b. Ramli selaku pengerusi SR Kelompok 2 Kerian membentangkan pencapaian terkini sekolah-sekolah rendah dalam kelompok berkenaan. Beliau amat terharu dan berbangga dengan kerjasama guru-guru tahun 6 dalam kelompok berkenaan demi peningkatan UPSR bersama. Pada perjumpaan tersebut juga, beberapa orang guru tahun 6 yang hadir melontarkan beberapa idea serta pandangan bagi meningkatkan pencapaian UPSR khususnya bagi tahun 2012. Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah En.Sa'arani Saudin ( Pen.PPD Kurikulum ), En.Ahmad Faidzul Mat Yazid ( Pen.PPD Bahasa ), En.Mazalani Abdul Muhaini ( Pen.PPD Sains Matematik ), En.Muhamad Khalil Abdullah ( Pen.PPD Matematik Sains SR ), Pn.Rozaina Ariffin ( Pen PPD Bahasa SR ), Pn.Suhana Zaini ( Pen PPD Bahasa SR ), guru basar-guru besar SR Kelompok 2 Kerian dan guru-guru tahun 6 SR Kelompok 2 Kerian. Mesyuarat tamat pada jam 12.30 tengahari. ( lihat foto )
Wednesday, July 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment