SKTM 12 Syawal 1434H / 21 Ogos 2013.
Rumah Terbuka Aidilfitri SKTM 1434H dihadiri oleh lebih 800 tetamu daripada kalangan murid tahap 2 bersama ibu-bapa dan keluarga. Kehadiran yang luar jangkaan membuktikan komitmen ibu-bapa dan keluarga murid terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah demi kegemilangan anak-anak mereka. Rumah Terbuka Aidilfitri SKTM 1434H disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan kepada semua penyumbang bagi menjayakan program tersebut. Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan seloka aidilfitri oleh murid-murid tahun 4. Tetamu yang hadir juga diberi peluang tampil ke pentas untuk mengucapkan ucapan hari raya kepada tetamu lain yang hadir disamping berpeluang memenangi cabutan bertuah. Rumah Terbuka Aidilfitri SKTM 1434H tamat pada jam 10.00 malam.


































No comments:
Post a Comment