SABK AR-RIDHWAN 14.02.2014
Bertemakan
Teroka-Usaha-Jaya ( TERUJA ), Kem Kecemerlangan UPSR 2014 Sekolah
Rendah Kelompok 4 Kerian berlangsung selama 3 hari 2 malam di SABK
Ar-Ridhwan, Telok Medan Bagan Serai,Perak. Kem berkenaan melibatkan
lebih 30 orang peserta daripada setiap sekolah rendah kelompok 4 Kerian
iaitu SK Telok Medan, SK Dato Mas'ud, SK Hj.Dahalan, SK Kampung Tua, SK
Gunong Semanggol, SABK Maahad Ar-Ridhwaniah dan SABK Ehya' As-Syarif.
Pada kem tersebut, peserta yang terdiri daripada calon UPSR 2014 diberi
pendedahan berkaitan pengurusan diri dan masa, tips murid cemerlang,
teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR dan beberapa aktiviti kerohanian
seperti qiamullail, usrah, kuliah dan senaman pagi. Kem yang bermula
Jumaat 14.02.2014 akan tamat pada hari Ahad 16.02.2014.
( galeri foto ) ( galeri 2 )
( video motivasi )
No comments:
Post a Comment