Monday, August 17, 2015

Monday, August 25, 2014

PORTAL RASMI SK TELUK MEDAN

http://sktmbaganserai.edu.my
SEMUA PERKEMBANGAN TERKINI SK TELUK MEDAN
BOLEH DICAPAI PADA PORTAL RASMI SK TELUK MEDA
KLIK THUMNAIL DI ATAS ATAU

Tuesday, August 12, 2014

IHTIFAL j-QAF DAERAH KERIAN


jqaf wrd

SK GUNONG SEMANGGOL Sabtu 09.08.2014
Majlis Ihtifal j-QAF Daerah Kerian 2014 berlangsung di SK Gunong Semanggol. Pada ihtifal berkenaan, pasukan Kalam Jamae, Wirid dan Doa serta bercerita Al-quran SKTM telah mengambil bahagian. Namun pasukan SKTM terpaksa akur dengan kehebatan paskan lain. Apapun tahniah kepada pasukan dan jurulatih SKTM. Semoga tahun 2015 akan lebih bermakna.

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 1435H/2014




pizap.com14073762390152 pizap.com14073758024681
SKTM Rabu 6 Ogos 2014.
Kemeriahan Syawal lebih bermakna bagi warga SK Teluk Medan apabila lebih 800 tetamu daripada kalangan ibu-bapa dan keluarga murid SKTM membanjiri dataran SKTM bagi menyertai sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri 2014. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 yang sepatutnya dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau berasa amat teruja serta terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh ibu-bapa bagi menjayakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 tersebut. Menurut beliau lagi, kehadiran yang diluar jangkaan tersebut menggambarkan komitmen ibu-bapa terhadap kelangsungan pendidikan anak-anak di SK Teluk Medan. Beliau turut berpesan agar disamping bergembira menyambut Syawal supaya tidak melupakan saudara seagama yang sedang menghadapi kesusahan hidup seperti di Gaza, Thailand, Burma, Syria dan Mesir serta mangsa MH370 dan MH17. Rata-rata ibu-bapa serta keluarga yang hadir melahirkan rasa gembira kerana majlis seumpama ini mampu mempertemukan mereka ketika sibuk menjalani kehidupan seharian. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid SKTM. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 tamat mulai jam 10.00 malam.

PENUTUPAN IHYA RAMADHAN 1435H/2014



SKTM Jumaat  27 Ramadhan 1435H.
Majlis Penutupan Ihya Ramadhan berlangsung seperti yang dirancang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Mohd Yusof Shouib, Ketua Panitia Pend.Islam dan j-QAF SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan program Ihya Ramadhan 1435H/2014. Pada majlis tersebut, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM menyampaikan hadiah kepada peserta yang menang dalam beberapa pertandingan sempena Ihya Ramadhan 1435H. Pada majlis tersebut juga, lebih 80 murid miskin menerima sumbangan hari raya yang diberikan oleh pelbagai pihak. Majlis turut diserikan dengan persembahan Kalam Jama’e oleh kumpulan Kalam Jama’e SKTM yang telah menjadi johan pada Ihtifal j-QAF Zon Bagan Serai. Majlis diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan diantara warga SK Teluk Medan dan penyampaian wang hari raya kepada anak-anak SKTM.

PERJUMPAAN WARIS CALON UPSR 2014 KALI KE-3


w

SKTM Khamis 26 Julai 2014.
Perjumpaan dengan waris calon UPSR 2014 kali ke-3 berlangsung selama 4 jam di bilik mesyuarat SKTM. Pada perjumpaan tersebut, ibu-bapa diberi taklimat tentang perkembangan terkini pembelajaran anak-anak khususnya analisis keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR 2014. Pada perjumpaan tersebut juga, ibu-bapa berpeluang berdialog dengan guru-guru tahun 6.

Thursday, June 26, 2014

BERTEMU WARIS TAHUN 5/2014

SKTM 29 Syaaban 1435H.
Setelah bertemu waris calon UPSR 2014, hari ini waris murid tahun 5 pula berpeluang untuk bertemu dengan guru-guru bagi mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Pada pertemuan tersebut, ibu-bapa yang hadir turut diberikan slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014. ( foto )

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP