Kemeriahan Syawal lebih bermakna bagi
warga SK Teluk Medan apabila lebih 800 tetamu daripada kalangan ibu-bapa
dan keluarga murid SKTM membanjiri dataran SKTM bagi menyertai sambutan
Rumah Terbuka Aidilfitri 2014. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2014
yang sepatutnya dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak
disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar
SKTM. Dalam ucapannya, beliau berasa amat teruja serta terharu dengan
kerjasama yang diberikan oleh ibu-bapa bagi menjayakan Rumah Terbuka
Aidilfitri 2014 tersebut. Menurut beliau lagi, kehadiran yang diluar
jangkaan tersebut menggambarkan komitmen ibu-bapa terhadap kelangsungan
pendidikan anak-anak di SK Teluk Medan. Beliau turut berpesan agar
disamping bergembira menyambut Syawal supaya tidak melupakan saudara
seagama yang sedang menghadapi kesusahan hidup seperti di Gaza,
Thailand, Burma, Syria dan Mesir serta mangsa MH370 dan MH17. Rata-rata
ibu-bapa serta keluarga yang hadir melahirkan rasa gembira kerana majlis
seumpama ini mampu mempertemukan mereka ketika sibuk menjalani
kehidupan seharian. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid
oleh kumpulan nasyid SKTM. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 tamat
mulai jam 10.00 malam.
Tuesday, August 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment