Tuesday, March 22, 2011

Memperkemas kurikulum pembelajaran ICT

Harapan negara untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran pada masa depan boleh dicapai melalui kurikulum pembelajaran berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sentiasa dikemas kini serta 'bebas' daripada elemen peperiksaan.Sekiranya falsafah ini gagal dihayati maka proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ICT akan melahirkan 'robot' yang hebat dalam mengingat dan menghafal sahaja.Hal ini disebabkan guru akan 'menyuap' murid dengan pengetahuan asas mengoperasi komputer dan menggunakan perisian pemprosesan perkataan di samping mengenali peranti serta perkakasan komputer sahaja.Manakala murid pula sibuk menyalin nota dan kurang terlibat dengan aktiviti yang memerlukannya mengeluarkan idea kreatif apatah lagi untuk berinovasi.Lebih malang apabila teknologi yang diajar sudah ketinggalan zaman seperti penggunaan disket untuk menyimpan data dan bukannya pendrive.Sepatutnya murid didedahkan kepada penggunaan aplikasi atau perisian yang melibatkan reka bentuk, grafik, animasi serta imej tiga dimensi (3D).Bimbing dan ajar murid dengan pengetahuan asas menggunakan perisian tersebut. Kemudian beri tugasan bertema yang memerlukan kreativiti dan imaginasi mereka seperti menghasilkan watak adi wira, mencipta kenderaan masa depan atau membuat alat kegunaan peribadi.Berikan kebebasan untuk murid mencipta dan berinovasi waima yang dihasilkan itu sekadar orang lidi.

Untuk rujukan, dalam Youtube banyak animasi orang lidi dan ia berjaya menarik ratusan ribu tontonan. Sila buat carian menggunakan pivot sebagai kata kunci.Terbukti, rupa bentuk yang dihasilkan tidak penting. Apa yang utama ialah penjelasan atau rasional di sebalik setiap karya tersebut.Oleh sebab itu, murid perlu mempersembahkan hasil ciptaan mereka kepada kelas.Ia secara tidak langsung membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran termasuk meningkatkan keyakinan diri untuk berucap di depan khalayak.Bahkan dalam usaha menyiapkan tugasan, murid boleh melayari Internet secara berpandu untuk mencari maklumat, membuat rujukan dan perkongsian sumber.Murid boleh sama ada memuat naik hasil kerja mereka atau memuat turun bahan mengikut keperluan.Sekiranya aspek ini diberi keutamaan, pengetahuan asas mengenai komputer seperti menyimpan (save), menyalin (copy), menampal (paste) dan mencetak akan dapat dipelajari tanpa perlu satu topik khusus. Ia juga akan menjadikan P&P ICT lebih berfaedah dan praktikal.

Mulai tahun ini, murid tahun satu hingga tahun empat mempelajari pengetahuan asas pengkomputeran melalui topik Literasi ICT dalam subjek Bahasa Inggeris. Topik ini akan diajar pada bulan Jun hingga Julai depan.Selain itu, subjek Pendidikan Seni juga boleh menjadi platform untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Ia perlu diintegrasikan dengan penggunaan ICT dan tidak terbatas kepada kaedah lukisan manual sahaja.Faktor ini perlu diberi pertimbangan serius kerana realiti dunia pekerjaan memerlukan pelukis dan kartunis yang mempunyai kemahiran dalam ICT.


animasi ini menerima kunjungan 11,752,148 penonton

No comments:

Post a Comment

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP