Friday, November 20, 2009

UCAPAN PERPISAHAN



SK TELUK MEDAN
Jumaat 20 November merupakan hari terakhir Pn. Khairul Hafiza bersama warga SKTM. Beliau akan berhijrah ke daerah Teluk Intan bagi meneruskan keriernya sebagai pendidik di sebuah sekolah elit SK Raja Muda Musa. Dalam ucapan terakhirnya kepada anak didik di SKTM, beliau berharap agar budaya menuntut ilmu dapat dijadikan sebagai tradisi sepanjang hayat selagi nyawa di kandung badan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir dan rakan-rakan guru yang banyak membantu beliau dalam meningkatkan profesion keguruan sehinggalah beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Di dalam majlis tersebut guru besar SKTM mewakili Kelab Guru dan Kakitangan menyampaikan cenderahati sebagai tanda persahabatan Pn.Khairul Hafiza dengan warga pendidik dan staf SKTM....apapun seluruh warga SKTM mendoakan semoga Pn.Khairul Hafiza sentiasa di dalam peliharaan Allah...semoga jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

KAMUS ONLINE

MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN KSSR

KOKURIKULUM

SEMAK TUNTUTAN

SEMAK DAFTAR PEMILIH

spr

PENDIDIKAN

WEBKCIL ICTL PANTAU Photobucket NAZIR BTP KIOSK LPM JPA

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT
Photobucket EXAM Photobucket

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Back to TOP