
Teriakan yahoo ! dan hurray ! kedengaran di sana-sini apabila deringan loceng berbunyi pada jam 12.00 tengahari hari ini Jumaat 20 November 2009. Keriangan dan kegembiraan jelas terbayang di wajah anak-anak SKTM apabila cuti persekolahan panjang 2009 akan bermula esok. Berbagai-bagai perancangan telah dibuat bagi mengisi cuti panjang selama 40 hari itu. Ada yang berharap-harap akan dibawa makan angin oleh ibu-bapa ke destinasi tertentu. Ada pula yang mula membuat persiapan bagi menghadapi persekolahan 2010 dengan menghadiri kelas-kelas tuition swasta dan tak kurang yang berdukacita kerana terpaksa duduk diam di rumah kerana berkhatan. Cuti panjang selama 40 hari ini tidak dibiarkan begitu sahaja oleh pihak sekolah. Kelas bimbingan UPSR 2010 terus berjalankan sebagai persediaan awal bagi murid-murid tahun 6 /2010. Satu pesanan daripada ADMIN semoga cuti panjang akhir tahun ini dimanafaatkan sebaik mungkin oleh murid-murid mahupun warga pendidik SKTM...Selamat bercuti dan selamat hari raya Aidil adha...keep and touch sktmbaganserai.blogspot.com
No comments:
Post a Comment